Jamie Redknapp: Harry Kane Merupakan Messi Dan Ronaldo Buat England

Bekas pemain skuad kebangsaan England, Jamie Redknapp menyifatkan bahawa Harry Kane mempunyai pengaruh yang begitu signifikan buat pasukan, sama seperti peranan dimainkan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Argentina dan Portugal sudah pun tersingkir di peringkat 16 terbaik, namun, kedua-dua individu terkenal itu masih merupakan inspirasi bagi pasukan masing-masing.

Menjelang pertemuan England bertemu Colombia, Redknapp memberikan pujian buat penyerang yang beraksi untuk Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris itu.

”Dia adalah Messi bagi kami, Ronaldo kami. Dia merupakan sandaran, pemain yang kami lihat untuk mencipta jaringan dan membuat perbezaan.”

”Dia memimpin melalui teladan. Dia merupakan pemain yang seringkali orang bercakap tentangnya. Dia mana sahaja anda pergi ketika ini, orang di seluruh pelusuk dunia.”

”Dia telah melalui tahap yang lain dan meningkatkan permainannya. Bukan itu sahaja tetapi sebagai seorang yang orang lain berfikir dia adalah salah seorang pemain terbaik di dunia ketika ini.”

”Dia berada di kedudukan lima yang terbaik dan semuanya akan menjadi lebih baik.”

Selepas beraksi dua daripada tiga perlawanan dalam saingan Piala Dunia 2018, Harry Kane telah mencipta lima gol apabila menyumbat dua jaringan pada perlawanan sulung bertemu Tunisia dan meledak hatrik ketika aksi menentang Panama.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN