Jamie Carragher: Rugi Buat Liverpool ‘Tinggalkan’ Werner

Jamie Carragher

Bekas pertahanan kental Liverpool, Jamie Carragher tanpa berselindung menegaskan sesuatu yang merugikan buat kelab tersebut kerana tidak membawa penyerang Jerman, Timo Werner ke Anfield.

Liverpool yang sebelum ini dikatakan begitu berminat untuk memiliki Werner, tiba-tiba ‘menarik brek’ dan membiarkan Chelsea menjadi pasukan pilihan untuk mengaktifkan klausa pelepasan bernilai £54 juta.

Sehubungan dengan itu, Carragher melihat suatu kerugian buat Liverpool kerana beliau melihat Werner mampu untuk menambah kekuatan The Reds untuk terus menjadi antara pasukan terkuat dalam kempen Liga Perdana Inggeris dan Eropah.

Carragher juga mengakui beberapa pertandingan antarabangsa pada musim hadapan akan menyebabkan Liverpool menyesal tidak membawa masuk penyerang berusia 24 tahun itu.

”Tanpa pendemik ini, saya pasti Liverpool akan menandatangani Werner,” ujar Carragher menurut laporan Goal.

”Semua orang mengetahui bahawa tiga pemain barisan hadapan Liverpool adalah sama hebatnya dengan apa pun di dunia pada ketika ini, tetapi Werner akan bermain banyak perlawanan pada musim hadapan.”

”Ada tanggapan yang mengatakan dia tidak yakin akan berpindah ke Liverpool kerana dia mungkin tidak dapat beraksi pada setiap minggu.”

”Tetapi lihatlah apa yang akan terjadi pada musim hadapan dan ia menunjukkan mengapa betapa sukarnya buat Klopp memujuknya untuk datang dan meyakinkannya akan bermain banyak perlawanan.”

”Akan ada saingan Sukan Olimpik pada musim panas ini dan Mo Salah dikatakan akan beraksi, di mana dia akan terlepas aksi awal [EPL] musim hadapan.”

”Selepas itu, Salah dan Mana akan bermain pula dalam African Cup of Nations pada bulan Februari [2021], ia memberikan gambaran jelas Liverpool memerlukan pemain sandaran untuk satu tempoh yang lama.”

”Jadi, terdapat peluang buat Timo Werner untuk lebih banyak beraksi di kesebelasan utama. Dia pasti akan bermain pada 10 atau 12 perlawanan dan anda akan bercakap tentang 25 atau 30 perlawanan secara keseluruhan dengan segala yang saya nyatakan,” tambah Jamie Carragher lagi.

Kredit featured image: Boris Streubel/Bongarts/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Timo Werner:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN