Jamie Carragher Percaya Mohamed Salah Banyak Buat Salah Musim Ini

Kesilapan Mohamed Salah yang sering kehilangan bola di kawasan penting mendatangkan banyak masalah kepada Liverpool musim ini, kata bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher.

Selepas kempen pertama di Anfield yang mengagumkan, bintang mesir itu gagal memperagakan impak pada musim ini dan digantikan pada minit ke-66 pada aksi bertemu Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris minggu lalu.

https://twitter.com/AnfieldHQ/status/1046865775062110209

Carragher percaya kesilapan Salah yang menyebabkan Liverpool dibolosi ketika kemenangan 3-2 ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dan hampir menyebabkan Eden Hazard meledak gol pada babak kedua di Stamford Bridge perlu diberi perhatian oleh Klopp.

“Dia tidak berada pada aksi terbaiknya, tetapi saya tidak fikir prestasinya sedang merosot. Banyak yang diperkatakan mengenai prestasi Salah ketika ini, namun dia hanya kekurangan gol pada musim ini.

“Saya harapkan Klopp memberitahu padanya – jika dia tidak meledak 40 gol musim ini, tidak bermakna dia mengharungi musim yang buruk.

“Ian Rush adalah penjaring terhebat sepanjang zaman buat Liverpool. Dia menjaringkan 47 gol semusim, namun dia tidak menjaringkan 47 gol pada musim seterusnya, dia hanya meledak 25 atau 30 gol semusim.

“Masalah Klopp ketika ini adalah bukannya Salah tidak beraksi dengan baik, tetapi dia agak cuai ketika berada di zon yang penting.

“Pada aksi bertemu PSG, dia kehilangan bola dan pasukan lawan menjaringkan gol – dia digantikan dua minit kemudian.

https://twitter.com/Liverpool1st1/status/1046884259682758657

“Ini yang mengecewakan pengurus. Ia bukannya tidak menyempurnakan peluang tetapi meletakkan pasukan dalam bahaya apabila kehilangan bola.

“Sebagai pengurus, anda akan terus menurunkan dia di atas padang meskipun beraksi buruk kerana berkemungkinan dia dapat menjaringkan gol.

“Tetapi, jika dia membahayakan pasukan, lebih baik untuk dia dikeluarkan. Inilah masalah yang dihadapi Klopp ketika ini,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN