Bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher mempelajari cara untuk menjadi seorang penjaga garisan ketika perlawanan bola sepak.
Beliau bersama Gary Neville berkunjung ke kompleks PGMOL yang merupakan badan pengadil profesional di England.
PGMOL merupakan sebuah badan yang terdiri daripada pengadil-pengadil profesional yang bertugas di Premier League serta English Football League.
Dalam video ini, Carragher cuba menjadi penjaga garisan dengan beliau diletakkan dalam situasi yang memerlukan beliau membuat keputusan sama ada pemain berada dalam kedudukan ofsaid atau tidak.
Beliau diberikan 5 kali percubaan untuk melakukan keputusan, dan selepas itu keputusan beliau dinilai dengan menonton semula klip rakaman yang dilakukan.
Nyata beberapa keputusan Carragher tidak tepat dan ini membuktikan tidak mudah untuk menjadi penjaga garisan yang baik.
Anda pernah menjadi penjaga garisan? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen!
Baca juga: Fabio Capello Yakin Andrea Belotti Mampu Jadi Sehebat Gabriel Batistuta