Pemain Liverpool, James Milner secara terbuka mengakui tidak menggemari sistem pengadilan Video Assistant Referee (VAR) yang kini mula digunapakai di majoriti liga.
Dalam laporan The Guardian, Milner secara terbuka mempunyai rasa benci terhadap sistem VAR kerana ianya membunuh keseronokkan bola sepak.
“Saya bukanlah peminat VAR, tidak minat langsung. Ia mungkin kerana jiwa tua saya tetapi saya lihat masih banyak perbincangan mengenai VAR ini dilakukan.”
“Pada saya, teknologi garisan gol itu cukup cemerlang kerana kita dapatkan keputusan yang segera serta ada hitam putih.”
Bagi Milner, beliau berasakan sistem VAR membuatkan keseronokkan meraikan gol itu terbatas kerana perlu menunggu keputusan dari pengadil.
“Sukar jika VAR digunakan kerana masih lagi terdapat pendapat untuk satu-satu keputusan. Bila kita jaringkan gol, penyokong gembira tetapi selepas kena tunggu dulu sebab sistem VAR sedang menyemak gol itu. Adakah ianya gol?”
Milner turut berasa yang sistem VAR ini masih belum diterima sepenuhnya oleh para pemain.
“Perdebatan mengenai sistem VAR ini masih lagi ada, dan kami sebagai pemain tidak berasakan banyak perbezaan. Jika sistem ini mampu menghapuskan kontroversi 100%, saya pasti akan menyokongnya.”