Quantcast

BERITA

James Milner: Juara EPL Akan Ditentukan Sehingga Perlawanan Terakhir

Pemain berpengalaman Liverpool, James Milner percaya rakan sepasukannya sudah berada dalam keadaan bersiap sedia untuk berdepan saingan hebat Manchester City di minggu-minggu akhir kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).

Milner yang bermain hampir lebih 500 perlawanan di EPL mengakui bahawa persaingan merebut kejuaraan bukan perkara mudah. Oleh itu beliau meminta rakan-rakannya sentiasa fokus dan mengekalkan momentum pasukan sehingga tamat saingan.

Milner merupakan salah seorang dari dua pemain Liverpool selain Daniel Sturridge yang pernah meraih trofi kejuaraan EPL ketika beliau mewakili Manchester City pada musim 2012 dan 2014.

MANCHESTER, ENGLAND – MAY 12: (L-R) Joe Hart, James Milner and Vincent Kompany look on during the Manchester City Premier League victory parade on May 12, 2014 in Manchester, England. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Pengalaman tersebut mahu dijadikan landasan buat Milner untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan di Liverpool.

Menurutnya, jika Liverpool berjaya memenangi trofi EPL, ia adalah sesuatu perkara yang amat istimewa apatah lagi dapat memberi tentang dengan persaing terkuat seperti Manchester City.

“Sejujurnya, saya fikir ia sentiasa istimewa setiap kali anda memenangi Liga Perdana (EPL), kerana ia sangat sukar untuk dilakukan.”

Liverpool’s English midfielder James Milner (C) celebrates scoring the team’s second goal during the English Premier League football match between Fulham and Liverpool at Craven Cottage in London on March 17, 2019. (Photo by Glyn KIRK / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE.

“Kami menentang pasukan yang disebut ramai orang sebagai pasukan terbaik di EPL, iaitu Manchester City.”

“Cara mereka bermain, pemain yang mereka miliki, jumlah mata yang mereka kumpulkan, [berasa sangat hebat]. Bagi kami, untuk bersaing dengan mereka dan jumlah mata yang kami dapat, semoga cukup untuk mencapai garisan penamat.”

Hingga perlawanan akhir

Liverpool ketika ini menghuni carta teratas liga dengan kelebihan dua mata [82 mata] tetapi bermain lebih satu perlawanan berbanding Manchester City dengan berbaki lagi 5 perlawanan.

Milner berpendapat, saingan diantara Liverpool dan Manchester City musim ini sangat mencabar dan yakin kejuaraan akan ditentukan sehingga perlawanan terakhir.

MANCHESTER, ENGLAND – JANUARY 03: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) James Milner of Liverpool with Leroy Sane of Man City during the Premier League match between Manchester City and Liverpool FC at Etihad Stadium on January 3, 2019 in Manchester, United Kingdom. (Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

“Sangat sukar untuk memenangi Liga Perdana, dua kali saya menang, ia ditentukan pada hari terakhir musim ini, dan sepertinya kali ini ia akan berjalan dengan cara yang sama, jadi banyak perubahan dalam mengejar untuk memenangi gelaran.”

“Musim ini sama hebat, dan dengan lima perlawanan terakhir untuk kami, tetapi masih banyak perkara yang boleh berlaku dan itulah sebabnya semua orang menyukai EPL”.