Jamal Nasir Minta Beri Dollah Salleh Masa, Jadi Apa Bezanya Dengan Thomas Dooley?

Thomas Dooley Dollah Salleh Sri Pahang Jamal Nasir

Dalam temubual bersama Berita Harian, legenda bola sepak Pahang, Datuk Jamal Nasir Ismail meminta Sri Pahang agar memberikan Dollah Salleh masa lagi untuk membentuk pasukan hingga ke hujung musim ini.

Tekanan terus melanda kem Sri Pahang selepas tewas dalam dua perlawanan pertama Piala Malaysia 2021 – kepada KL City FC (1-3) dan Sarawak United (0-1), sehingga timbul desakan agar Dollah Salleh dipecat.

Ini musim paling suram buat Sri Pahang walaupun pelbagai usaha telah dibuat antaranya mengembalikan Dollah Salleh sebagai jurulatih menggantikan Thomas Dooley dan menukar hampir semua pemain import.

Paling menghairan adalah mengapa Jamal Nasir terus mempertahankan Dollah Salleh? Sedangkan ketika Thomas Dooley ‘direhatkan’, sebagai lagenda pasukan, beliau langsung tidak tampil ke depan sebegini?

Jamal Nasir mengingat kepada pengurusan, Sri Pahang tidak akan dapat pengganti yang lebih baik daripada Dollah Salleh pada ketika ini, jika mereka memilih untuk memecat pengendali berusia 57 tahun itu.

Katanya, “Biarkan Dollah buat kerjanya sehingga hujung musim ini dan selepas itu kalau persembahan tak bagus, terpulanglah pada pengurusan untuk kekalkan atau gantikan. Lagipun, Piala Malaysia sedang berjalan.”

Thomas Dooley direhatkan hanya selepas tewas dua perlawanan pertama Liga Super pada Mac lalu – tewas kepada Selangor FC (1-3) dan Perak FC (0-2). Namun, ketika itu, ia dilihat berpunca daripada dua isu lain.

Thomas Dooley menjadi tumpuan dalam dua isu iaitu melepaskan penyerang yang dibawa Sri Pahang sebelum kehadirannya, Sergio Aguero – dipinjamkan ke Perak II. Isu kedua adalah tentang kritikannya mengenai tahap kemudahan fasiliti Sri Pahang yang menurutnya seperti divisyen 8 di Jerman.

Bagaimana seorang lagenda arena bola sepak Amerika Syarikat dan Jerman boleh ‘tersesat’ ke Sri Pahang tetapi kemudian beliau direhatkan? Beliau juga sangat terkenal dengan perubahan yang dibuat bersama skuad kebangsaan Filipina selain merupakan jurulatih yang minat dengan penggunaan sistem analisis.

Seharusnya pengendali sebegini yang dipertahankan oleh Jamal Nasir. Dengan menukar hampir semua pemain import kecuali Herold Goulon, nasib Sri Pahang tetap ditakuk sama, malah Dollah Salleh terus mengemudi pasukan biarpun mereka belum menang dalam lapan perlawanan berturut-turut.

“Kalau gantikan [Dollah], adakah nanti [pasukan] akan bertambah baik ataupun bertambah buruk? Ada jurulatih yang mahu ambil pasukan ketika ini ? Jadi kekalkan apa yang ada buat masa ini. Ada rehat kira-kira sebulan, jadi Dollah perlu memanfaatkan sebaiknya,” ujar Jamal Nasir lanjut mengenai isu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN