Jamal Nasir Mahu Bojan Hodak Dihukum Kerana Mengkritik Sistem Bola Sepak Malaysia

Gara-gara kerana kritikan pedasnya terhadap sistem bola sepak negara selepas kegagalan skuad Malaysia B-19 dalam saingan Piala Sanix di Jepun baru-baru ini, pengendali skuad tersebut iaitu Bojan Hodak diminta menulis surat tunjuk sebab kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk dibincangkan dalam mesyuarat tatatertib yang akan datang.

Mengulas mengenai isu tersebut, bekas pemain kebangsaan di era 70 an dan 80 an, Datuk Jamal Nasir berharap FAM tidak bersikap ‘double standard’ terhadap mana-mana jurulatih memandangkan jurulatih tempatan sebelum ini pernah dihukum atas kesalahan yang sama.

“Jangan ada ‘double standard’… FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) kena adil dan tegas dalam isu Bojan Hodak kalau tidak FAM akan hilang kepercayaan penyokong tempatan.”

“Satu Malaysia tahu beliau mengkritik bola sepak negara seolah-olah sistem kita selama ini gagal melahirkan pemain berkualiti. Mungkin apa yang beliau sampaikan ada kebenaran tetapi perlu ingat ada juga anak tempatan (jurulatih) pernah kena gantung sebab mengkritik pentadbiran FAM.

“Malah, ada juga digantung kerana mengkritik mutu liga, pengadil, mutu padang dan sebagainya. Biarpun apa yang disampaikan betul, mereka tetap digantung oleh FAM yang menyatakan mereka melanggar artikel 88.

“Jadi dah hampir sebulan nak sebulan, kita masih tak dengar yang Hodak dikenakan apa-apa tindakan sedangkan jelas beliau melanggar artikel 88.

“Adakah disebabkan beliau jurulatih import, ada keistimewaan tertentu sedangkan jurulatih tempatanlah yang selama ini berjaya menghadiahkan Kejuaraan Piala AFF pada 2010 (Datuk K Rajagobal) serta pingat emas Sukan SEA 2011 (Datuk Ong Kim Swee),” katanya dalam Harian Metro.

Bojan Hodak ditemuramah oleh pihak media di Wisma FAM. FOTO: FAM

Merujuk, Artikel 88 FAM, para penggiat bola sepak tempatan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen di media berhubung isu yang membabitkan badan induk bola sepak negara itu tanpa kebenaran.

Sebelum ini, jurulatih Pahang, Dollah Salleh pernah mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia dan digantung selama 18 bulan serta denda RM30,000 akibat tindakannya yang boleh menjatuhkan reputasi FAM pada tahun 2017. Hukuman itu kemudiannya dipendekkan oleh pengendali Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Malah, Jamal juga menyifatkan FAM perlu mencari pengganti Bojan Hodak dengan segera untuk membimbing pasukan bawah 19 tahun kebangsaan.

“Kontraknya akan berakhir Julai ini, jadi pada saya, FAM boleh fikirkan jurulatih lain kerana beliau jelas memalukan bola sepak kita,” katanya.

Hairuddin Omar merupakan pembantu jurulatih kepada Bojan Hodak dalam skuad Malaysia B-19. FOTO: FAM

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan pihaknya perlu melihat terlebih dahulu bentuk penjelasan yang dibuat oleh Bojan Hodak sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Sebelum ini, saya masih belum bertugas di FAM ketika jurulatih-jurulatih itu dikenakan hukuman setelah melanggar Artikel 61 Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 88 Statut FAM.

“Buat masa sekarang, saya tidak boleh putuskan apa-apa keputusan terhadap Hodak. Tunggu surat tunjuk sebab daripadanya terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN