Tidak sampai sebulan selepas Datuk Ong Kim Swee meninggalkan jawatan ketua jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, pelbagai cadangan sudah diberikan mengenai pengganti yang sesuai untuk menduduki ‘kerusi panas’ itu.
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail tidak ketinggalan untuk memberikan pandangannya. Ketika ditemubual Sinar Harian beliau menegaskan kekosongan itu sewajarnya digantikan jurulatih dari luar negara yang akan menyuntik semangat baharu kepada skuad Harimau Muda pada masa hadapan.
“Pada saya sekiranya kita mengambil jurulatih baharu dari luar yang boleh memahami budaya tempatan, secara tidak langsung akan mempercepatkan proses memperkasakan pelapis untuk skuad senior negara pada masa depan.
Ong Kim Swee: Saya Tidak Kesal Sama Sekali, Terima Kasih FAM – https://t.co/ZyzlBCHMvp pic.twitter.com/FMbFtOwSvh
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 6, 2019
“Saya percaya tiada masalah bagi tujuan ini kerana sudah tiba masanya kita perlu satu suntikan baharu yang positif. Kalau kita terlalu bergantung kepada jurulatih tempatan saya bimbang kita tidak akan ke mana pada masa depan.
“Untuk Liga Super mungkin okey la kita hendak mengambil jurulatih tempatan, tapi untuk mengendali skuad kebangsaan memerlukan lebih dari sekadar pengalaman,” katanya.
Tambah pemain legenda Pahang itu, beliau bukanlah berniat untuk memperkecilkan kredibiliti jurulatih tempatan, tetapi menurutnya masih banyak perkara yang perlu diperlajari oleh jurulatih tempatan untuk melatih pemain khususnya skuad senior.
Jamal Nasir: Lagenda Perisai Kanan Tok Gajah Dan Generasi Emas Harimau Malaya https://t.co/Vby9WlDctY pic.twitter.com/w11BO9b9kc
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 28, 2017
Beliau mencadangkan agar jurulatih tempatan menimba ilmu dan pendekatan baharu di luar negara supaya pada masa hadapan mereka mempunyai falsafah yang boleh membentuk pasukan yang bermentaliti juara.
“Para pemain muda tempatan kita pun masih belum boleh dikatakan berada pada tahap membanggakan jadi untuk meningkatkan kualiti pemain memerlukan jurulatih yang tahu serba serbi tidak hanya dalam padang tapi juga luar padang.
“Pada saya tiada istilah eksperimen seperti skuad Bawah 19 tahun bagi skuad B-22 tahun kerana skuad ini perlu seperti skuad Harimau Malaya yang diletakkan KPI (Indeks Prestasi Utama) tinggi iaitu kemenangan.
Ong Kim Swee: Kita Harus Malu Dengan Kekalahan Ini – https://t.co/ouh4SBIT0l pic.twitter.com/oI0wuAcWAg
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 29, 2019
“Sekiranya pengendali baharu yang dilantik FAM bagi mengisi jawatan ketua jurulatih skuad B-22 tidak mampu atau tidak bersemangat memastikan skuad kendaliannya mencapai sasaran seperti ditetapkan, tiada guna kita membayar gaji mahal,” katanya lagi.
Sebelum ini ada pihak yang mencadangkan supaya jawatan itu diserahkan kepada pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe supaya beliau dapat menyeragamkan corak permainan dan formasi di antara pasukan B-22 dengan skuad senior seperti mana yang diamalkan oleh beberapa negara seperti Vietnam dan Thailand.
Namun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah pun memaklumkan mereka tidak akan membebankan Cheng Hoe yang perlu fokus kepada persiapan pasukan negara untuk menghadapi baki tiga perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada tahun hadapan.
Tan Cheng Hoe Tidak Akan Kendali Skuad B-22 Negara Sebelum Jun 2020 – https://t.co/4gb8zZ93hV pic.twitter.com/1ecyQa7U3v
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 16, 2019
Ada juga cadangan supaya ketua jurulatih skuad B-19, Brad Maloney untuk mengisi kekongan tersebut selepas berjaya membimbing pasukannya layak secara automatik ke pusingan akhir Piala AFC B-19 2020 di Uzbekistan.
Kredit Foto: Berita Harian