Jamal Nasir Ismail: “Saya Bukan Kaki Bodek FAM”

Legenda bola sepak Malaysia, Datuk Jamal Nasir Ismail tampil mempertahankan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang sebelum ini mendapat pelbagai kritikan dalam kalangan peminat di media sosial atas isu aksi persahabatan.

Sebelum ini, FAM telah pun menyatakan mereka tidak dapat mengharungi satu lagi aksi persahabatan pada bulan Oktober bersama pasukan dari Oceania kerana mereka memiliki komitmen yang sukar dielakkan.

“FAM cuba mendapatkan perlawanan dengan lapan pasukan Oceania, termasuk Kepulauan Solomon, Fiji, Tahiti, New Caledonia, Vanuatu dan Papua New Guinea.

“Walau bagaimanapun, pasukan-pasukan tersebut mempunyai komitmen untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 masing-masing pada 10, 11 dan 12 Oktober,” jelas kenyataan di laman rasmi FAM.

Ini menyaksikan Malaysia hanya akan menentang New Zealand sahaja pada 14 Oktober serta akan menentang sebuah kelab tempatan di sana sebagai medan persiapan sebelum aksi persahabatan itu.

Melihat kepada beberapa kritikan telah diberikan oleh segelintir peminat yang menyalahkan FAM, tampil Jamal untuk mempertahankan organisasi tersebut dengan alasan cukup kukuh.

Menurut Jamal, FAM tidak boleh dipersalahkan kerana mereka hanya mampu mendapatkan satu aksi persahabatan sahaja bertemu New Zealand pada bulan Oktober ini jika dibandingkan negara lain.

Jamal juga menjelaskan setiap pihak perlu memahami setiap negara memiliki komitmen tersendiri termasuk menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

“Bila kita sudah mohon untuk main dengan negara lain dan ditolak, kita tak boleh buat apa sebab setiap negara ada komitmen masing-masing, bukan kata kalau kita pelawa mereka terus nak main.

“Jadi mereka tak nak apabila lawan kita dalam aksi persahabatan mengganggu persiapan mereka untuk kelayakan Piala Dunia. Tidak (bukan sebab mereka takut) tapi saya berasa mereka ada komitmen.

“Kadang-kadang ada negara lain yang nak main dengan kita pun kita terpaksa tolak sekiranya ia boleh mengganggu perancangan pasukan kebangsaan.

“Bukan saya bercakap bagi pihak FAM, saya tiada kepentingan apa-apa dan saya bukan kaki bodek. Namun, semua pihak harus faham dan saya sendiri pun kalau benda yang baik saya akan kata baik, saya tak suka kritik tak tentu arah,” kata beliau menerusi perkongsian Berita Harian.

Ketika ini, skuad Harimau Malaya sudah pun tiba di Auckland, New Zealand dan menjalani sesi latihan sebagai persediaan menghadapi aksi persahabatan akan datang.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN