Jamal Nasir: “Dasar Perap Pemain Oleh JDT Punca Malaysia Merosot”

Beberapa hari yang lalu, bekas pemain Malaysia, legenda Jamal Nasir memberitahu kemerosotan prestasi Malaysia dalam beberapa musim ini adalah kerana JDT.

Ianya diburukkan lagi dengan penurunan ranking oleh Malaysia ke tangga 170. Dipetik daripada sumber Berita Harian, Menurut Jamal Nasir:

“Kita faham komitmen JDT yang beraksi dalam pelbagai kejohanan tempatan serta Piala AFC di mana mereka memerlukan ramai pemain untuk digunakan.”

“Tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita lihat mereka tetap menurunkan pemain sama dan import sama dalam setiap aksi.

“Mana perginya pemain bintang tempatan yang suatu ketika cukup menyerlah bersama pasukan lama. Tapi sebaik ke sana (JDT), mereka jarang bermain dan akhirnya sentuhan juga turut hilang.”

“Jadi persoalan saya, mampukah mereka ini menyumbang kepada pasukan jika di kelab pun mereka jarang bermain. Mungkin ramai tak sedar perkara ini.”

“Memang JDT hebat, tetapi adakah kehebatannya membantu pasukan Malaysia?”

“Patutnya kelab berperanan untuk membantu negara memiliki sebuah pasukan kebangsaan yang kuat. ”

“Bagaimanapun, situasi itu berlawanan di sini apabila kelab dan pasukan lebih mengutamakan kepentingan diri.”

“Pemain sekarang tak kisah kalau ‘diperap’ lama-lama pun asalkan gaji tinggi. Bila lama tak main, kesannya pula terpalit kepada pasukan kebangsaan.”

Sumber

Bharian – https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/10/339553/jamal-dakwa-jdt-punca-harimau-malaya-hilang-taring

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN