Jamal Nasir Beri Kritikan ‘Pedas’ Buat Peminat Harimau Malaya

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail tampil dengan kritikan pedas buat segelintir peminat bola sepak Malaysia yang hadir dengan pendapat negatif buat keadaan semasa pasukan kebangsaan.

Terdahulu, timbul pelbagai kritikan dalam sekelompok peminat bola sepak negara yang memberi reaksi kurang menyenangkan tentang revolusi dilakukan buat Harimau Malaya.

Apa tidaknya, revolusi kali ini tampil dengan pelbagai perubahan ketara terutama sekali membabitkan aspek kejurulatihan serta pemain serba baharu.

Walaupun begitu, perubahan ini dilihat tidak begitu diterima semua peminat dengan ada yang turut memberi pandangan-pandangan negatif di media sosial seolah kurang mempercayai usaha untuk mengubah bola sepak Malaysia menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Jelas Jamal Nasir, beliau menyeru semua pihak termasuk peminat untuk menjauhi sikap hipokrit ketika memberi sokongan buat skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Malah, situasi semasa menyaksikan semua pihak sepatutnya memainkan peranan tersendiri melalui sokongan diberikan buat bola sepak Malaysia yang sedang mengharungi perubahan.

“Belum apa-apa, dah dengar macam-macam suara negatif kepada pengurusan pasukan kebangsaan.

“Sepatutnya kita kena bagi sokongan dan keyakinan kepada jurulatih baharu dan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) skuad Harimau Malaya yang dilantik.

“Jangan jadi hipokrit, belum apa-apa dah cakap macam-macam tapi bila menang sanjung melangit pulak. Seharusnya kita kena beri peluang kepada mereka.

“Mungkin dengan kehadiran dan kepakaran dimiliki individu ini, kita boleh capai sasaran untuk layak ke Piala Asia 2027 nanti dan seterusnya mengintai peringkat lebih tinggi,” kata Jamal menerusi petikan Harian Metro.

Situasi kini menyaksikan beberapa nama baharu telah diperkenalkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dengan tumpuan utama terarah kepada Peter Cklamovski yang merupakan jurulatih baharu Harimau Malaya.

Pernah mengendalikan beberapa kelab termasuk di Jepun sebelum ini, sentuhan positif Cklamovski sudah tentu ditagih untuk memperkukuhkan kembali bola sepak Malaysia di persada antarabangsa.

Malah, dilaporkan juga beberapa pemain warisan baharu turut akan diperkenalkan tidak lama lagi dengan pelbagai persoalan serta tanda tanya bermain di fikiran para peminat bola sepak Malaysia.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN