Jalinan Kerjasama Kerteh FC, Red Antlers Wujudkan Kerteh Sports City

Poster Partnership Kerteh FC Red AntlersC

KAL Services Sdn Bhd bersama Red Antlers Sdn Bhd telah memeterai perjanjian untuk membentuk satu syarikat tujuan khas (SPV) yang dikenali Kerteh Sports City Sdn Bhd bagi tujuan membangunkan dan mengurus kemudahan dan prasarana sukan di Kerteh.

Syarikat usaha sama ini ditubuhkan setelah perbincangan selama hampir 18 bulan bagi menerokai peluang komersil dan perniagaan secara bersama di Kerteh.

“Usaha sama ini merupakan kesinambungan daripada kerjasama sebelum ini iaitu antara Kerteh FC dan Balrz.tv – satu syarikat penerbitan milik Red Antlers.”

“Kerjasama ini dipertingkatkan lagi melalui penggabungan dua syarikat induk, dimana keutamaan adalah bagi bersama-sama memajukan kemudahan dan prasarana serta aktiviti-aktiviti sukan di Kerteh.”

“Malah, ianya juga dijangka mampu membantu menaikkan imej bandar Kerteh menjadi salah satu pusat pelancongan sukan yang sebelum ini bandar Kerteh lebih dikenali sebagai bandar Minyak & Gas.“ kata Pengerusi KAL Services Sdn Bhd, Mohd Razeman Mat Nashim.

Red Antlers pula sangat optimis kerjasama ini mampu memberi impak yang positif kepada pembudayaan sukan sebagai satu aktiviti sihat terutama kepada komuniti di sekitar Kerteh.

“Dengan pengalaman yang kami ada dalam pembangunan, pembinaan dan sukan, kami yakin projek ini mampu dijayakan dan seterusnya mampu merangsang pembangunan ekonomi setempat.” kata Pengarah Red Antlers, Ahmad Suffian Mamat.

Selaras dengan matlamat kerajaan Terengganu yang menggalakkan program pelancongan dalam negeri, usaha ini dilihat mampu membantu mempromosi dan menarik kehadiran pelancong ke Negeri Terengganu.

Sebelum itu, Kerteh FC dilihat telah membuka pendaftaran untuk Kerteh FC Soccer School bagi sesi 2021. Bagi mereka, mereka percaya bahawa untuk memajukan sesuatu sukan itu ianya haruslah bermula dari peringkat akar umbi.

Untuk rekod, jumlah pelatih pada tahun 2020 adalah seramai 117 orang pelatih, dimana seramai 48 orang untuk U-8, 36 orang untuk U-10 dan 33 orang untuk U-12.

Diharapkan jalinan kerjasama antara Kerteh FC dan Red Antlers ini bakal memajukan sukan di daerah Kerteh khususnya dalam sukan bola sepak di masa depan.

KREDIT FEATURED IMAGE: KERTEH FC

Baca lagi artikel lain mengenai Kerteh FC:

Kerteh FC Terus Pacu Langkah, Akademi Mereka Kini Diiktiraf FAM

Kerteh FC Jalin Kerjasama Antarabangsa Bersama EU Sant Andreu

Kerteh FC Rekrut Oscar Riera Sebagai Penasihat Teknikal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN