Jakupovic Hampakan Manchester United, Perlawanan Berakhir Seri Tanpa Jaringan

Jakupovic hampakan Manchester United dan menjadi wira pasukan Hull City apabila aksi luar biasa beliau menggagalkan kemenangan Manchester United.

Manchester United melakukan 9 pertukaran dari kesebelasan utama mereka. Hanya Rojo dan Mkhitaryan yang kekal di dalam pasukan.

Sepanjang perlawanan, Hull City banyak bertahan dan cuba menyerap asakan Manchester United di blok rendah.

Pada separuh masa pertama, cubaan bahaya Zlatan Ibrahimovic diselamatkan oleh Jakupovic.

Penjaga gol ini turut menafikan cubaan dari jarak dekat Juan Mata. Ia sangat hampir untuk meletakkan Manchester United di hadapan.

Hull City turut mendapat 2 peluang keemasan. Cubaan Lazar Markovic singgah di tiang gol.

Manakala, penyerang Hull, Abel Hernandez gagal menyempurnakan peluang selepas melepasi perangkap ofsaid dari kawasan tengah padang.

Jakupovic melakukan 6 saves dalam perlawanan ini. Sebagai rekod,, Hull adalah pasukan kedua yang paling bocor selepas Swansea.

Ini adalah clean sheet kedua Jakupovic daripada 23 perlawanan. Bercakap kepada BBC, beliau berkata:

“Saya hanya beraksi sebaik mungkin. Dan akhirnya ia hari yang baik untuk saya.”

“Penyerang meraikan gol. Saya pula meraikan setiap saves yang saya buat.”

Mourinho menyatakan, mereka perlu menyalahkan diri sendiri kerana gagal menjaringkan gol dan beliau memuji aksi penjaga gol Hull City.

Namun Ibrahimovic tidak mahu memberikan kredit kepada aksi Jakupovic. Beliau berkata:

“Saya tak nampak pun dia melakukan saves luar biasa. Ia lebih keran cubaan saya dan Mata itu cubaan lemah.”

“Ada save dia lakukan khas untuk kamera.”

Rasanya save untuk kamera tu ketika tandukan Rojo agaknya.

Skuad Mourinho menguasai 66% perlawanan dengan 15 cubaan gol. Namun Manchester United banyak membazirkan peluang apabila hanya 6 cubaan tepat.

Keputusan seri ini meletakkan Manchester kekal di tangga ke-6 liga.

Manakala Hull City pula masih berada di tangga ke-19. 4 mata dari zon selamat.

Baca juga: JDT Atasi Urawa Reds dan Buriram United Dalam Ranking Kelab-Kelab Terbaik AFC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN