Pasukan Manakah Jaguh Acara Bola Sepak Sukan Asia?

Menjelang Sukan Asia beberapa hari sahaja lagi, kita mengimbas kembali pasukan manakah yang pernah menggondol pingat emas dalam Sukan Asia.

Sukan Asia merupakan temasya sukan peringkat kebenuaan yang diadakan empat tahun sekali. Selain Sukan Asia, benua lain turut mempunyai temasya sukan seperti Pan America Games (Amerika), All-African Games (Afrika) dan Pacific Games (Oceania).

Hebat

Menurut laman RSSSF, Iran pernah memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki sebanyak empat kali. Negara Asia Barat itu memenanginya buat pertama kali pada 1974. Pada ketika itu Iran menjadi hos Sukan Asia.

Kemudiannya Iran memenangi lagi pada 1990, 1998 dan 2002.

Korea Selatan turut mempunyai medal emas acara ini sebanyak empat kali. Mereka memenanginya pada 1986 dan 2014 tanpa berkongsi dengan mana-mana pasukan.

Tetapi, mereka berkongsi kejayaan dengan Burma (kini dikenali sebagai Myanmar) pada edisi 1970 dan Korea Utara sewaktu Sukan Asia 1978.

Antara terbaik

Emas sulung Jepun dalam acara bola sepak Sukan Asia. (Photo credit should read STR/AFP/Getty Images)

India mencatatkan dua kali kejayaan menggondol pingat emas pada 1951 dan 1962. Chinese Taipei (atau dikenali juga sebagai Taiwan) turut dua kali memenangi pingat emas pada Sukan Asia 1954 dan 1958.

Selain berkongsi emas dengan Korea Selatan pada kejohanan 1970, Myanmar menjuarai acara bola sepak semasa Sukan Asia pada 1966. Pada ketika itu mereka dikenali sebagai Burma.

Sekali sahaja

Iraq memenangi sekali sahaja pingat emas pada 1982. Jepun turut memenanginya semasa Sukan Asia 2010.

Negara Asia Tengah, Uzbekistan juga pernah menggondol pingat emas sewaktu Sukan Asia 1994. Tuan rumah Sukan Asia 2006, Qatar juga turut memenangi pingat emas acara ini.

Sebelah Utara di Semenanjung Korea iaitu Korea Utara mencatatkan dalam rekod sejarah bahawa mereka memenangi emas. Itu pun mereka berkongsi sewaktu Sukan Asia 1978.

Giliran Asia Tenggara?

Selain Myanmar (Burma) pada 1966, tiada negara Asia Tenggara pernah memahatkan nama selaku juara selepas itu sehingga ke era bola sepak moden.

Walhal, rantau ini pernah mengendalikan Sukan Asia sebanyak 7 kali sebelum ini.

Bandaraya Bangkok, Thailand menjadi hos sebanyak 4 kali. Ibu kota Indonesia, Jakarta pula menjadi tuan rumah dua kali termasuk tahun ini.

Manila, Filipina pernah juga diberi peluang menjadi hos pada Sukan Asia 1954.

Ada satu persoalannya, bilakah giliran Malaysia menjadi hos Sukan Asia? Atau memenangi emas acara bola sepak?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN