Pada tahun ini setakat ini Ivan Rakitic telah mencatatkan lebih banyak minit daripada pemain-pemain lain dalam La Liga Santander.
Ianya bukan mudah untuk beliau mendapatkan minit perlawanan yang banyak itu. Ini kerana saringan pemilihan pemain dan pemberian minit itu berkait rapat dengan potensi fizikal pemain.
Kecergasan dan kondisi fizikal Rakitic agak luar biasa berbanding dengan sebelum ini. Beliau mencatatkan purata larian di atas 10 km dalam setiap perlawanan.
Anda tentu ingat bagaimana beliau menjadi pemain yang sentiasa bermain dalam Piala Dunia lalu. Beliau dianggap pengulas sebagai ‘tireless worker.’
Rakitic menjelaskan beliau telah mengubah tabiat makanan yang sejak musim lalu lagi.
Dia terpaksa menukar dietnya sejak mengetahui bahawa dia mempunyai penyakit ‘celiac’.
Oleh yang demikian, pemain Croatia itu terpaksa untuk mengeluarkan beberapa makanan daripada diet beliau.
Ini termasuk pasta, roti dan manisan. Seterusnya Rakitic juga mengelak daripada memakan coklat dan minum bir.
Akibat daripada perubahan diet itu beliau berjaya mengurangkan berat badan beliau sebanyak 2 kg.
“Ini sangat banyak membantu saya,” katanya ketika mendedahkan bagaimana ia membantu beliau dalam persediaan sebelum perlawanan dan fasa pemulihan (recovery) selepas perlawanan.
“Saya kini berasa lebih ringan dalam latihan dan dalam persiapan permainan.”
Tahun ini beliau sudah bermain dalam 47 perlawanan kompetitif.
Sangat profesional.Sebelum ini diet beliau boleh dikatakan baik namun tetap berusaha untuk ke tahap terbaik demi kecergaaan. Ianya juga untuk pasukan.