Jaga Jaga Semua, Perlis Bakal Kembali Ke Liga Malaysia Tahun Depan!

Perlis United

Setelah lama menyepi tanpa khabar berita, suasana bola sepak Perlis kini dilihat bakal kembali bangkit pada tahun hadapan.

Kelab Bola Sepak Perlis United atau lebih dikenali sebagai PUFC ditawarkan untuk menyertai beberapa liga tempatan bermula tahun hadapan.

Jelas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Zamri Ibrahim berkata PUFC telah ditawarkan oleh Liga Bola Sepak Amatur (AFL) untuk menyertai dalam Liga M3.

Selain itu pasukan ini juga akan menghantar skuad muda untuk beraksi dalam Piala Presiden dan juga Piala Belia bermula musim hadapan.

Tambah beliau, ini dilihat sebagai titik perubahan yang positif dalam membawa kebangkitan suasana bola sepak di negeri Perlis.

Beliau bersama pihak yang bertanggungjawab juga akan membantu Perlis untuk beraksi dalam saingan Liga Premier jika segalanya berjalan lancar dan tiada sebarang isu yang berlaku dalam pengurusan.

Ujar Zamri, jika segalanya berjalan lancar dan mendapat kata positif daripada Malaysian Football League (MFL) serta penaja, para penyokong tegar Perlis dapat kembali melihat dan memberi sokongan buat pasukan mereka beraksi di pentas Liga Malaysia.

Sebelum itu, Zamri yang mempengerusikan Kongres Tahunan Kali ke-26 bagi 2020 Persatuan Bola Sepak Perlis di Majlis Sukan Negeri Perlis (MSNP) turut menambah yang negeri itu mempunyai liga sendiri yang bakal diberi nama Liga Perlis.

Jangkaan beliau, Liga Perlis akan bermula pada tahun hadapan bagi mencungkil bakat-bakat muda yang dapat diketengahkan dengan baik dalam Liga Malaysia.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/12/793070/2022-tahun-kebangkitan-bola-sepak-perlis

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN