Salah sebuah calon juara Euro 2020, England memberikan bayangan yang lebih banyak aksi menarik akan ditampilkan mereka di peringkat kalah mati.
Apa yang disaksikan oleh pesaing mereka di peringkat kumpulan adalah sedikit sahaja dan bukanlah keupayaan sebenar England.
Menurut jurulatihnya, Gareth Southgate, akan lebih banyak yang akan ditampilkan oleh England selepas ini dari segi kualiti persembahan.
“Pastinya akan ada banyak lagi yang bakal datang dari kami.”
“Kami juga mempunyai detik-detik yang menunjukkan kami adalah pasukan baik, kami masih sedang meningkat naik dan kami adalah pasukan yang sukar untuk diatasi,” kata Southgate menerusi Sky Sports.
England muncul sebagai juara kumpulan D dengan hanya menjaringkan dua gol selepas berjaya menewaskan Croatia serta Republik Czech.
Mereka juga turut seri dengan Scotland sambil mencatatkan nirbolos (clean sheet) dalam ketiga-tiga perlawanan.
Kini, mereka sedang menghitung siapakah yang bakal ditentang mereka sama ada Portugal, Jerman, Perancis atau Hungary dari kumpulan F.
Namun begitu, siapa pun yang datang ianya tidak menggusarkan Southgate kerana beliau ada Wembley untuk mendukungnnya.
“Kami mahu menjuarai kumpulan ini dan mahu kekal di Wembley.”
“Kami akan nantikan dan lihat siapa bakal kami tentang esok.”
England hanya menjaringkan dua gol setakat ini di Euro 2020 dengan Raheem Sterling menjaringkan kedua-dua gol tersebut.
Jemput baca artikel-artikel kami yang lain juga:
Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode
Hakan Calhanoglu ‘Rentas Daerah’, Sertai Inter Dari AC Milan