Jadon Sancho Sudah Pilih Manchester United, Tetapi Mungkin Terpaksa U-Turn

Jadon Sancho menjadi rebutan di antara 2 kelab Manchester iaitu Manchester United dan bekas kelabnya Manchester City.

Selain daripada 2 kelab tersebut, banyak lagi kelab elit Eropah mahukan bakat muda elit tersebut. Sancho cemerlang bersama dengan Borussia Dortmund pada musim ini.

Pengurusan Borussia Dortmund pernah menyatakan bahawa pemain itu mungkin akan meninggalkan kelab mereka – kerana terlalu sukar menghalang pemain seperti Sancho daripada keluar.

Sancho melakukan debut untuk England pada usia 19 tahun pada Oktober 2018. Beliau menjaringkan 11 gol dan 14 bantuan gol untuk Dortmund musim ini.

Manchester United sedang mencari perancang yang kreatif. Musim ini mereka banyak bergantung kepada Juan Mata. Sancho dianggap pemain serba boleh yang mampu bermain di kesemua posisi serangan.

Man. United menghantar wakil mereka untuk mengikuti perkembangan Jadon Sancho di Jerman.

Beberapa laporan media sebelum ini menyebut Sancho memang sudah memilih Man. United berbanding balik semula ke Man. City. Perkara itu meresahkan para penyokong City.

Manchester City Training, City Football Academy, Manchester City’s pep Guardiola welcomes Jadon Sancho to training (Photo by Victoria Haydn/Manchester City FC via Getty Images)

Hal ini kerana Sancho tertarik dengan tawaran oleh Man. United yang dilihat lebih menjamin minit perlawanan.

Menurut wartawan BBC – David Ornstein, Manchester United boleh dikatakan sudah berjaya memenangi persaingan mendapatkan Sancho beberapa bulan yang lalu.

Namun kini situasi berubah, apabila Man. United gagal melayakkan diri ke UCL pada musim hadapan. Jadon Sancho dikatakan meletakkan UCL sebagai keutamaan dalam pertimbangan beliau – jika keluar dari Borussia Dortmund.

David juga menyatakan bahawa situasi Sancho kini 50/50 kerana pemain itu tidak mahu menyertai pasukan yang tidak stabil, kerana beliau mahu memenangi trofi.

Ini ditambah dengan minat oleh pasukan seperti PSG, Juventus, Real Madrid dan Barcelona.

https://twitter.com/utdxtra/status/1128371511046352897

Di atas segala usaha yang telah dilakukan Man. United, mereka mungkin akan terus berusaha untuk memujuk pemain itu menyertai pasukan Red Devils selepas tamat musim Bundesliga.

Manchester United kini mahu menguatkan pertahanan mereka. David Ornstein percaya United mungkin menamatkan minat ke atas Koulibaly yang terlalu mahal. Walaubagaimanapun United masih dalam persaingan dengan Manchester City untuk mendapatkan Wan Bissaka.

Kegagalan ke UCL memberikan impak kepada Man. United. Sebelum ini mereka mengumumkan pemotongan gaji 25% untuk pemain jika mereka gagal layak. Keadaan itu mungkin akan membuatkan beberapa pemain mengambil kesempatan untuk meminta gaji terlampau tinggi dalam lanjutan kontrak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN