Jadon Sancho tidak disenaraikan oleh Borussia Dortmund semasa pasukan itu mencatat kemenangan 1-0 ke atas pendahulu Bundesliga Borussia Monchengladbach awal pagi tadi kerana tiba lewat dari tugasan antarabangsa.
Marco Reus menjaringkan gol tunggal perlawanan dan Dortmund memanjat ke tangga keempat. Skuad bimbingan Lucien Favre itu menyamai mata pasukan di tangga ketiga, Bayern Munich yang seri 2-2 dengan Augsburg.
Dortmund 1-0 Monchengladbach: Marco Reus scores winner against his former club as hosts clinch three points without winger Jadon Sancho. Lucien Favre gestures while taking to Thorgan Hazard, who provided the assist for Reus' goal. pic.twitter.com/mymbQS1qY9
— Lilian Chan (@bestgug) October 19, 2019
Pemain berusia 19 tahun yang bermain untuk England dalam kedua-dua perlawanan kelayakan EURO 2020 telah dikenakan tindakan disiplin dan didenda oleh pihak kelab.
Sekalipun Sancho beraksi cemerlang musim ini dengan menyumbang empat gol dan tujuh bantuan jaringan, pencapaian itu tidak menghalang beliau dari disisihkan pengurus, Lucien Favre.
Pemain kelahiran London itu bermula dalam kesebelasan utama sewaktu England tewas 2-1 kepada Republik Czech pada 11 Oktober dan tampil selaku pemain gantian semasa separuh masa kedua dalam kemenangan besar 6-0 ke atas Bulgaria.
“Harapan yang diberikan kepada Jadon [Sancho] sangat tinggi, tetapi ianya sangat bahaya,” kata Favre dalam temubualnya dengan Sky Sports.
Borussia Dortmund boss Lucien Favre refuses to discuss Jadon Sancho's notable absence in their win over Borussia Monchengladbach.
"I am not going to comment on that. It was a disciplinary measure. Tomorrow is a new day. That's all. It stays internal." pic.twitter.com/QP2QjrAJ7V
— SBOTOP (@SBOBET) October 20, 2019
“Tidak dinafikan, Jadon adalah pemain yang hebat, ia tidak perlu diperdebatkan. Tetapi beliau masih perlu belajar banyak perkara.”
Ini bukanlah kali pertama Sancho menimbulkan masalah di Dortmund. Beliau pernah digugurkan ke skuad B-23 dua musim lepas kerana berulang kali tiba lewat dalam latihan.
Tahun lepas, beliau dan bekas rakan sepasukan di Manchester City, Phil Foden juga disisihkan dari skuad B-19 England kerana tiba lewat di sesi latihan untuk perlawanan kelayakan kejuaraan Eropah bertemu Latvia.
Pemain itu telah dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) termasuk Manchester City, Chelsea, Liverpool dan Manchester United.