Gol pada lewat permainan oleh Anthony Elanga berjaya memastikan Manchester United mengikat Atletico Madrid 1-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada awal pagi tadi.
Elanga yang dimasukkan pada separuh masa kedua hanya memerlukan satu sentuhan untuk menafikan gol pendahuluan Joao Felix menerusi tandukan terbang pada awal perlawanan.
Penyerang berusia 19 tahun itu bijak membuat larian untuk menerima hantaran Bruno Fernandes sebelum melapaskan rembatan rendah yang menewaskan Jan Oblak untuk mencetak jaringan pertamanya di pentas Eropah yang juga gol ketiganya musim ini.
Muncul sebagai ‘dewa penyelamat’ pasukannya, apa yang lebih mencuri perhatian adalah temubualnya selepas perlawanan.
Elanga memerikan kredit kepada pengurus United, Ralf Rangnick yang memberikan kepercayaan untuk menurunkannya lebih kerap membuatkan beliau begitu menikmati kempen pada musim ini.
Beliau membuktikan reputasi dan menunjukkan mentaliti elit yang dimilikinya ketika menjawab soalan ketika temubual oleh BT Sport selepas perlawanan.
“Saya rasa itu merupakan sentuhan pertama saya. Saya memang impikan momen seperti ini,” ujar pemain muda Sweden itu yang turut menjawab mengenai kepercayaan Ralf Rangnick terhadapnya.
“Seperti yang saya katakan, betapa ‘cool’ dan tenangnya saya ketika di Brentford. Apabila saya mendapat peluang untuk bermain, saya akan balas kepercayaan pengurus.
“Saya mahu jadi pemain terbaik di atas padang, saya amat menghargai bos.”
Bercakap mengenai kebangkitan United meskipun telah ketinggalan pada awal permainan, Elanga memberikan kredit kepada rakan sepasukannya yang cekal bertahan walaupun berhadapan dengan penyokong di tempat lawan.
“Kita perlu bertahan dalam perlawanan, ini adalah Liga Juara-Juara Eropah, pertandingan antara kelab terbaik di dunia dan kita perlu fokus sepanjang 90 minit,” tambahnya lagi.
“Walaupun kita tak bermain dengan baik pada separuh masa pertama, kemudian pada babak kedua pertukaran dibuat dan kami dapat ubah sedikit rentak permainan.”
Anthony Elanga’s attitude is exactly what United need. Brilliant interview with him on BT.
Desperate to make an impact, run, and be the best he can be. His senior teammates could learn a bit from him.
— Scott Saunders (@__scottsaunders) February 23, 2022
Bercakap mengenai Elanga, pengurus United Ralf Rangnick memuji pemain mudanya itu dan menganggapnya sebagai seorang contoh ikutan.
“Saya amat berharap pemain-pemain lain akan jadikannya [Elanga] sebagai contoh dan role model,” ujarnya selepas perlawanan.
“Bukan hanya kerana dia melakukan benda yang betul, tetapi dia membuktikan dirinya seronok berada di atas padang.”
Malah ada juga yang berpendapat pemain-pemain senior United patut belajar dari sikap Elanga yang dianggap lebih matang.
Listening to Elanga’s post match interview & reminds me that he’s a great role model for the whole team – he’s respectful, grateful, with just the right amount of ego. #ATMMUN
— Paul Frampton-Calero (@Paul_Framp) February 23, 2022
Elanga dinaikkan ke skuad utama pada musim 2020/21 oleh bekas pengurus Ole Gunnar Solskjaer. Beliau membuat debut kompetitifnya pada 11 May 2021 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leicester City menggantikan Marcus Rashford.
Gol pertamanya hadir pada aksi terakhir musim itu ketika berdepan Wolverhampton Wanderers di tempat lawan.
FULL-TIME Wolves 1-2 Man Utd
Goals from Anthony Elanga and Juan Mata give Man Utd the win as Nuno Espirito Santo says goodbye to @Wolves #WOLMUN pic.twitter.com/T481JlKxN0
— Premier League (@premierleague) May 23, 2021