Jackson, Odili, Seung Jo Dan Watanabe Lengkapkan Skuad Kelantan

Teliti dan berhati-hati. Mungkin itulah perkataan yang boleh digambarkan kepada pasukan Kelantan dalam usaha mereka untuk melengkapkan empat kuota pemain import yang akan membawa cabaran pasukan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim ini.

Empat pemain berkenaan adalah penyerang Liberia, Christopher Jackson, Penyerang dari Nigeria, Felix Chidi Odili serta dua pemain Asia iaitu Kang Seung Jo dari Korea Selatan dan Masaki Wanatane dari Jepun.

Jackson yang tiba pada minggu lepas dan beraksi dalam dua perlawanan persahabatan pra-musim telah menampilkan aksi yang meyakinkan dan berjaya memukau pihak pengurusan serta penyokong The Red Warriors (TRW).  Seung Jo dan Watanabe pula mempunyai kelebihan mampu beraksi di dua posisi iaitu pemain tengah dan pertahanan.

Pengarah Urusan Team Red Warriors Sdn Bhd, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari dalam kenyataannya kepada Bernama menjelaskan keempat-empat pemain berkenaan telah menandatangni kontrak bersama pasukan pada minggu lepas. Tiga daripada mereka menandatangani kontrak selama setahun, manakala Christopher pula selama dua tahun.

“Kesemua pemain import ini dipilih oleh barisan kejurulatihan pasukan ketika sesi pramusim lalu, yang mana kesemua mereka menepati kehendak barisan jurulatih yang diketuai oleh Yusri Che Lah,” katanya

“Kesemua pemain import ini dipilih oleh barisan kejurulatihan pasukan ketika sesi pramusim lalu, yang mana kesemua mereka menepati kehendak barisan jurulatih yang diketuai oleh Yusri Che Lah,” katanya

Ketika ditanya mengenai keputusan pasukan yang nampak begitu yakin untuk mengikat Jaskson dengan kontrak selama dua tahun, beliau menjelaskan penyerang muda berusia 23 tahun itu mempunyai kualiti yang baik.

Ia turut dibuktikan dengan rekod jaringan bersama beberapa pasukan sebelum ini dan bakal menjadi sandaran utama TRW untuk menjadi ‘mesin gol’ dalam saingan Liga Premier.

“Beliau merupakan aset penting kepada pasukan dan kami yakin pemain ini mampu bersinar pada saingan Liga-M, dengan kualiti yang ada selain digandingkan dengan pemain tempatan lain,” katanya.

Dengan kemasukan tiga pemain tempatan yang berpengalaman seperti Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan Nazrin Nawi yang beraksi di posisi sayap serta penjaga gol, Mohammad Faredzuan Kamarudin, barisan pemain yang dimiliki Kelantan ketika ini diyakini mampu untuk mengambalikan zaman kegemilangan TRW.

“Persiapan rapi itu meliputi merangkumi pembayaran hutang-hutang lapuk secara ansuran membuktikan kesungguhan Team Red Warriors Sdn Bhd membina semula imej pasukan,” katanya.

“Kami berharap penyokong yang juga pemain ke-12, dapat memberikan sokongan kepada pasukan sepanjang musim ini,” katanya.

Kredit Foto: Kelantan FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN