Jackson Martinez, Si ‘Flop’ €42 Juta Dilepaskan Guangzhou Evergrande

Kelab China, Guangzhou Evergrande menamatkan kontrak Jackson Martinez selepas pemain itu gagal menepati harapan daripada pengurusan.

Jackson Martinez pernah menjadi salah seorang penggempur sensasi di Eropah terutama sekali ketika bermain di Portugal dengan Porto. Beliau merekodkan 94 gol daripada 143 penampilan ketika di Portugal.

Selepas itu, beliau menyertai Atletico Madrid dan bergelut dengan prestasi. Beliau kemudian meminta untuk keluar daripada kelab tersebut untuk menghidupkan semula karier beliau.

Guangzhou Evergrande ketika itu sanggup membayar €42 juta untuk penyerang dari Colombia ini. Martinez turut menjadi sasaran beberapa kelab besar di Eropah. Namun beliau memilih untuk ke China.

Guangzhou Evergrande pula percaya mereka telah melakukan ‘marquee signing’ untuk pemain yang hanya bermain 22 perlawanan untuk Atletico itu.

Sejak menyertai Guangzhou Evergrande, Martinez bergelut dengan prestasi dan juga masalah kecederaan yang berulang. Beliau berehat panjang sejak Oktober 2016 sehingga kini.

Jackson Martinez masih dalam proses pemulihan. Namun kelab China tersebut tidak yakin pemain itu akan dapat memberikan aksi terbaik selepas ini.

Beliau hanya bermain 16 perlawanan untuk Guangzhou Evergrande dan hanya menjaringkan 4 gol. Jackson Martinez menerima gaji €12.5 setahun di China.

Kini pemain tersebut adalah ejen bebas. Langkah melepaskan Martinez ini dibuat oleh Guangzhou Evergrande untuk mengurangkan kos perbelanjaan kelab mereka.

Martinez sebelum ini tidak didaftarkan dalam senarai pemain yang akan beraksi dalam Liga Super China.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN