Jack Wilshere Menyesal Tinggalkan Arsenal

Jack Wilshere

Bekas pemain Arsenal, Jack Wilshere mengakui beliau menyesal meninggalkan kelab yang menaikkan karier beliau itu.

Kini tidak mempunyai kelab, hidupnya selepas meninggalkan Arsenal nyata terumbang-ambing selepas menjalani tempoh singkat di West Ham United.

Penyesalan itu hadir selepas beliau menolak kontrak lanjutan yang ditawarkan sewaktu Unai Emery menjadi pengurus pasukan itu.

“Sejujurnya, saya tak patut tinggalkan kelab.”

“Bukan nak cakap buruk mengenai West Ham, ia boleh jadi kepada mana-mana kelab, tetapi saya tak patut tinggalkan Arsenal.”

Laporan Daily Mirror memetik Wilshere berasakan masanya di Arsenal sudah tamat selepas beliau berasa dirinya dibelot oleh Emery.

“Sewaktu Emery memberikan kontrak lanjutan, beliau tidak menjanjikan yang saya akan menjadi kesebelasan utama.”

“Saya keluar dari biliknya dengan rasa marah kerana pada musim sebelum itu saya sudah membuktikan kepadanya saya boleh bermain.”

Menurut Wilshere, beliau kemudiannya terburu-buru dalam membuat keputusan untuk tinggalkan kelab dengan menghubungi ejennya.

Beliau berasakan jika dirinya bertenang dahulu untuk beberapa hari pastinya perkara ini tidak akan terjadi.

Kecederaan tidak membantu

Jelas sekali, sepanjang bermain untuk Arsenal Wilshere sering dihimpit dengan kecederaan yang membataskan peluangnya untuk menyinar.

Potensi yang ada padanya yang membuatkan Gary Neville berkata Wilshere mampu bermain dengan mana-mana pasukan utama Sepanyol ketika di puncak prestasi.

Akibat situasi itu membuatkan Wilshere sudah mula ditunjukkan pintu keluar sewaktu Arsene Wenger menjadi pengurus.

“Selepas saya pulang dari proses pinjaman di Bournemouth dan masih ada setahun lagi dalam kontrak saya, Wenger berkata yang saya boleh pergi kerana Arsenal tidak akan menawarkan kontrak baharu.”

“Tetapi melihat kepada cara beliau mengenali saya dan begitu memuji kualiti saya sebagai pemain, saya tahu jika saya kekal cergas pastinya saya akan kekal di sini.”

Wilsher melakukan 125 penampilan untuk Arsenal dan kini tidak mempunyai kelab pada usia 29 tahun.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN