Jack Wilshere Cipta Kejutan, Hampir Pasti Sertai Fenerbahce

Bekas pemain Arsenal, Jack Wilshere dikhabarkan akan mengesahkan perpindahan mengejut beliau ke Turki untuk menyertai Fenerbache.

Beliau yang sebelum dikatakan bakal berpindah ke kelab-kelab utama Premier League mengambil jalan yang cukup asing bagi pemain berbangsa Inggeris untuk beraksi di luar England.

Lebih menarik, beliau memilih untuk beraksi di Turki berbanding bermain di liga utama Eropah seperti La Liga atau Bundesliga.

LONDON, ENGLAND – APRIL 01: dJack Wilshere of Arsenal in action uring the Premier League match between Arsenal and Stoke City at Emirates Stadium on April 1, 2018 in London, England. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Menurut sumber di Turki, Wilshere kini sudah melakukan lawatan ke negara tersebut untuk melihat dengan lebih dekat stadium pasukan tersebut.

Malah, Wilshere dikatakan telah pun memulakan usaha mencari rumah untuk beliau diami sewaktu di sana.

Penyokong Fenerbache boleh menjangkakan pengumuman akan dilakukan dalam masa terdekat selepas sumber tersebut turut menyatakan Wilshere sudah bersetuju dengan terma-terma di dalam kontrak beliau bersama kelab tersebut.

Wilshere mengakhiri karier yang begitu lama bersama Arsenal selepas mengumumkan pemergian beliau dari kelab tersebut beberapa minggu yang lepas.

Hal ini dibuat selepas pengurus baharu Unai Emery tidak dapat memberikan jaminan minit bola sepak yang cukup kepada pemain tersebut pada musim akan datang.

Unai Emery
MADRID, SPAIN – FEBRUARY 13: Head coach Unai Emery of Paris Saint-Germain Football Club attends a press conference at Estadio Santiago Bernabeu ahead their Round of 16 first leg UEFA Champions League match against Real Madrid on February 13, 2018 in Madrid, Spain. (Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

Pemain yang terlepas untuk menyertai skuad England di Piala Dunia 2018 ini dianggap sebagai pemain England yang cukup baik dari segi teknikal yang ada padanya.

Jadi tidak hairan sewaktu beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Arsenal, beliau dikaitkan dengan pelbagai kelab dari pelbagai liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN