Bekas bintang Arsenal, Jack Wilshere telah mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak di usia 30 tahun, selepas kontraknya bersama AGF tamat baru-baru ini.
Beliau memilih untuk mengakhiri karier bola sepaknya selepas tamat kontraknya bersama kelab dari saingan Danish Superliga itu.
Wilshere yang pernah meninggalkan Arsenal pada tahun 2018 itu, terpaksa melalui tempoh satu tahun tanpa kelab sebelum menandatangani kontrak bersama AGF pada awal tahun baru-baru ini.
Jack Wilshere's playing days are over, but he's now set for Arsenal coaching role #AFC https://t.co/SKrpYpaQJS
— talkSPORT (@talkSPORT) July 8, 2022
Beliau sempat membuat 14 penampilan bersama kelab dari semua pertandingan dan kelab sepertinya tidak berminat mahu menawarkan kontrak baru kepadanya.
Petang kemarin, bekas bintang West Ham itu telah mengesahkan yang beliau mahu terus menggantung bootsnya dengan memuat naik status di laman media sosial miliknya.
“Hari ini saya mahu mengumumkan persaraan saya dari pentas bola sepak profesional.”
Tulis Wilshere di laman twitter miliknya.
“Ia merupakan perjalanan karier yang sungguh menakjubkan dengan begitu banyak kenangan indah dan saya rasa berbangga dapat lalui semua yang saya lalui sepanjang karier saya.”
Our Jack…
For 𝘁𝗵𝗮𝘁 game against Barca to 𝘁𝗵𝗮𝘁 goal against Norwich, and everything in between – we love you ❤️
A star on the pitch and a supporter off it. You lived the dream.
Congratulations on an incredible career, @JackWilshere 👊 https://t.co/Dm8Yqbsfyb pic.twitter.com/dpPLLqlb01
— Arsenal (@Arsenal) July 8, 2022
“Bermula dari seorang kanak-kanak menyepak bola di taman, menjadi ketua pasukan Arsenal dan bermain untuk negara saya di pentas Piala Dunia. Saya dapat nikmati kehidupan seperti apa saya impikan.”
“Sejujurnya agak sukar untuk menerima yang karier saya sedikit tergelincir sejak kebelakangan ini atas alasan yang saya sendiri tak boleh kawal, saya sendiri merasakan yang saya mampu untuk berikan lebih lagi.”
A delight to watch in full flow 🤩
Wishing you a happy retirement, @JackWilshere pic.twitter.com/FTnjb0ECTJ
— Premier League (@premierleague) July 8, 2022
“Dapat bermain di pentas tertinggi saya selalu rasa saya sedang membawa cita-cita saya dan sejujurnya saya tak pernah sangka saya boleh berada di posisi seperti itu.”
“Walau bagaimanapun, sambil-sambil saya mengenang semua itu dan bercakap dengan semua orang terdekat dengan saya, saya tahu sekarang adalah masa yang sesuai dan walaupun sedang melalui detik yang sukar, saya lihat semula pada karier saya, saya bangga dengan apa saya dah capai.”
Bermain di peringkat tertinggi bersama antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak, memenangi Piala FA, mengetuai kelab saya dan mewakili negara saya ia adalah sesuatu yang saya tak pernah fikir saya akan dapat.”
“Saya rasa sangat beruntung untuk dapat karier yang saya dapat, tapi tak ada darinya yang mampu saya capai kalau bukan kerana sokongan dan kasih sayang dari semua orang.”
Pemain midfield itu telah membuat 34 penampilan untuk skuad kebangsaan England dan turut pernah memenangi dua gelaran Piala FA bersama Arsenal.
Di Emirates, Wilshere memecahkan rekod sebagai pemain termuda Arsenal yang beraksi di pentas Premier League, dengan rekod itu sebelum ini dipegang oleh Cesc Fabregas pada tahun 2008 lalu.
Beliau boleh dikatakan berjaya menunjukkan impak segera dengan menjaringkan gol tiga hari sahaja selepas melakukan debutnya ketika bertemu Bolton Wanderers dalam saingan League Cup pada tahun 2010 yang lalu.
In 2010/11, Jack Wilshere played 35 PL games as a teenager, the only season he has made 30+ league appearances:
◉ Arsenal Player of the Season
◉ PFA Young Player of the Year
◉ PFA Team of the YearHe then missed the entire 2011/12 campaign after a pre-season injury. 😔 https://t.co/xBfvtyqDDQ
— Squawka (@Squawka) July 8, 2022
Wilshere turut sempat membuat lebih dari 100 penampilan dalam saingan Premier League, namun masalah kecederaan sedikit merencatkan kariernya bersama Arsenal.
🚨 Jack Wilshere has announced his retirement from professional football at the age of 30.
Scorer of one of the most underrated goals in England history… 🏴🚀
— FansBet (@FansBet) July 8, 2022
Wilshere kemudiannya dipinjamkan ke Bournemouth pada musim 2016/17 dan kemudiannya kembali semula ke Arsenal dengan membuat 20 penampilan bersama kelab pada musim berikutnya.
Pemergian Arsene Wenger turut menyebabkan masa depan Wilshere bersama kelab semakin malap, dengan beliau kemudiannya melengkapkan perpindahannya menyertai West Ham United.
Beliau kemudiannya kembali ke saingan Championship bersama Bournemouth dan Wilshere kemudiannya menganggur seketika sebelum menyertai AGF.
🚨 EXCL: Arsenal set to name Jack Wilshere U18s head coach. After 30yo’s retirement, appointment being finalised. Expected to be supported by Adam Birchall + Julian Gray. Mehmet Ali in line for U23s, Max Porter assistant. W/ @gunnerblog @TheAthleticUK #AFC https://t.co/So6vvb1Jn6
— David Ornstein (@David_Ornstein) July 8, 2022
Kini beliau akhirnya memutuskan untuk bersara terus dari dunia bola sepak walau usianya baru mencecah 30 tahun.