Izzan Syahmi: Dahulu Bermain Di Liga Amatur, Kini Beraksi Untuk Harimau Muda

Kini, satu lagi pemain berpotensi dari liga bawahan berjaya ditemui dan digilap.

Bekas pemain Terengganu Amateur League (TAL) yang beraksi untuk Real Chukai pada 2017, Izzan Syahmi kini telah pun menjadi antara pemain muda negara yang cukup berpotensi.

Siapakah beliau?

Pernah menjadi sebahagian daripada skuad Real Chukai yang berjaya menjuarai TAL dan juga beraksi di Piala FA Malaysia, Izzan mempunyai pelbagai rekod yang cukup baik bagi seorang pemain muda.

Ketika beraksi bersama Real Chukai di TAL, beliau merupakan penjaring terbanyak bagi liga amatur itu dengan rekod 14 gol.

Selain itu, beliau turut diangkat sebagai pemain terbaik bagi TAL pada saingan musim lalu.

Izzan Syahmi sewaktu beraksi untuk Real Chukai. Gambar: TAL

Izzan juga pernah mengumumkan kewujudan beliau dalam industri bola sepak amatur Malaysia ketika aksi perlawanan di antaran TAL All Stars dan juga SCL All Stars yang menghimpunkan para pemain terbaik dari Selangor Champions League 2017.

Dalam perlawanan yang dikenali sebagai Piala Amatur Malaysia itu, Izzan mencuri perhatian apabila menjaringkan 2 gol dalam perlawanan yang dimenangi wakil Pantai Timur itu.

Aksi memukau beliau dibalas apabila beliau kini beraksi untuk skuad Piala Presiden Terengganu FC iaitu TFC III.

Terus cemerlang

Bersama TFC III, Izzan terus cemerlang apabila setakat 16 penampilan beliau telah menjaringkan 6 gol.

Apa yang menarik, beliau telah mendapatkan 4 kali anugerah pemain terbaik perlawanan. Satu pencapaian yang cukup baik untuk pemain berusia 21 tahun.

Kini bakat Izzan sudah semakin diberi perhatian, beliau sudah mula mendapat tempat dalam skuad remaja negara.

Untuk rekod, panggilan yang terbaru ini merupakan panggilan kedua yang diterima beliau untuk skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Kali pertama beliau dipanggil adalah ketika perlawanan menentang PJ Rangers yang menyaksikan beliau turut menjaringkan 1 gol dalam perlawanan ini.

Izzan dianggap sebagai penyerang yang berpotensi tinggi untuk pergi jauh. Beliau dianggap sebagai penyerang yang tajam di depan gol selain mahir menggunakan kedua-dua belah kakinya.

Selain itu, beliau mempunyai sentuhan pertama yang baik.

Peningkatan beliau dari liga amatur kepada skuad Piala Presiden dan kini skuad remaja negara membuktikan pentingnya liga-liga sebegini untuk mencungkil bakat pemain.

Malaysia tidak ketandusan bakat, cuma mereka kekurangan liga untuk bermain dan membuktikan kebolehan mereka.

Kami tak sabar untuk menyaksikan Izzan beraksi bersama pasukan Liga Super atau lebih menarik, beraksi di luar negara!

Semoga berjaya buat Izzan Syahmi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN