Pemain Inter Milan Ivan Perisic Kini Bergelar Pemain Bola Tampar Pantai Profesional

Jika tempoh hari lagenda AC Milan, Paolo Maldini telah mencipta kejutan apabila menjadi pemain tenis profesional pada usia 49 tahun, jiran AC Milan juga tidak mahu kalah!

Pemain Inter Milan, Ivan Perisic kini juga telah menceburi sukan baharu pada musim panas ini.

Beliau kini telah menjadi pemain bola tampar pantai profesional di sebuah kejohanan bola tampar pantai di negaranya – Croatia.

Beliau telah dijemput bagi menyertai sebuah kejohanan iaitu Swatch Beach Volleyball Major Series yang merupakan sebuah kejohanan bola tampar pantai berprestij anjuran Federation International Volley Ball (FIVB).

Perisic (kanan sekali) berlatih bersama-sama pasukan beliau untuk kejohanan bola tampar pantai di Croatia.

Perisic dikatakan sering menghabiskan cuti musim panas beliau dengan bermain bola tampar pantai bersama-sama rakan beliau.

Penyertaan pertama Perisic dalam sukan bola tampar pantai dijangka akan menjadi mimpi buruk.

Hal ini kerana, beliau diundi bersama-sama dengan duo bola tampar pantai yang cukup hebat iaitu gandingan Alvaro dan Saymon serta wakil dari Amerika Syarikat iaitu Gibb dan Taylor.

Sukan bola tampar pantai menjadi antara sukan yang terhangat di Croatia sejak beberapa tahun ini.

Ia terbukti selepas kehadiran penyokong dalam kejohanan yang dianjurkan itu mendapat sambutan hangat saban tahun.

Apa-apa pun, semoga berjaya buat Ivan Perisic!

Sumber:

  1. Croatia Week (2017): Croatia Star Ivan Perisic Set To Make International Beach Volleyball Debut; http://www.croatiaweek.com/croatia-star-ivan-perisic-set-to-make-international-beach-volleyball-debut/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN