Ivan Mamut Tiada Jaminan Akan Terus Berbisa Pada Musim Ini

Penyerang import berbisa Terengganu, Ivan Mamut tiada jaminan untuk terus mengganas pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini selepas beliau tampil sangat cemerlang pada tahun lalu.

Mamut menjadi antara pemain yang dikekalkan Sang Penyu, selepas konsistensi ditampilkan beliau khususnya di jentera utama serangan pasukan itu pada tahun lalu di pentas domestik serta Asia.

Menjadi antara pertaruhan utama sejak ditandatangani Terengganu, pemain kelahiran Croatia itu jelas membuktikan beliau layak untuk terus dikekalkan pada saingan musim ini bawah kendalian Tomislav Steinbruckner.

Walaupun begitu, pengendali tersebut tidak memberi jaminan Mamut akan terus kekal berbisa seperti tahun lalu atas beberapa faktor yang dikongsikan beliau.

Kata Steinbruckner, Mamut perlu berusaha dengan lebih keras lagi pada musim ini untuk terus menaikkan lagi reputasi beliau selaku penyerang berbisa Sang Penyu.

Steinbruckner sehingga kini mengakui beliau masih meletakkan kepercayaan tinggi buat penyerang lincah tersebut untuk terus mengetuai jentera serangan pasukan pada musim ini.

Apatah lagi, rekod musim lalu menyaksikan Mamut berjaya meledak 22 gol secara keseluruhan dalam semua perlawanan disertai penyerang itu untuk membuktikan mengapa beliau wajar dikekalkan.

Apapun, Steinbruckner turut menyatakan tiada jalan mudah buat Mamut untuk mengekalkan prestasi beliau seperti tahun lalu kerana pasukan lawan sudah tentu mengkaji serta mengenalpasti corak permainan penyerang tersebut.

“Kita tahu pada musim pertama, dia menjaringkan 22 gol dan sudah tentu saya menjangkakan perkara sama daripadanya untuk musim ini.

“Kalau tidak dapat 22 gol pun, sekurang-kurangnya dapat menghampiri jumlah itu sudah cukup baik, cuma kita tahu keadaan tidak akan selalunya sama.

“Pemain lawan mesti sudah tahu cara Ivan bermain dan tahu macam mana nak mengekang pergerakannya, jadi sudah tentu ia tidak akan menjadi mudah buat Ivan,” kata pengendali berpengalaman itu pada Harian Metro.

Pada masa sama, Steinbruckner mengakui Mamut ketika ini mengalami sedikit kecederaan dan menjelaskan situasi tersebut tidak begitu membimbangkan persiapan pasukan.

“Sekarang dia ada sedikit kecederaan, tetapi seperti saya mengharapkan kepada pemain lain, sama juga saya berharap kepadanya untuk terus pamer prestasi terbaik musim ini,” ujar beliau akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN