Ivan Mamut Tagih Sokongan Padu Daripada Peminat Terengganu

Penyerang berbisa Terengganu iaitu Ivan Mamut menjadi antara pemain yang paling bersemangat kini untuk mengharungi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023 berdepan Kuala Lumpur City (KL City).

Walaupun baru beraksi pada musim ini bersama Terengganu, penyerang kelahiran Croatia ini sudah membawa pasukan tersebut sebanyak dua kali untuk melayakkan diri ke pusingan akhir bagi kejohanan domestik termasuk Piala Malaysia.

Pastinya kini Mamut enggan melepaskan sebarang peluang untuk memastikan Sang Penyu mara ke pentas akhir Piala Malaysia selepas Terengganu setakat ini berada dalam momentum cukup baik.

Beraksi di posisi serangan, tumpuan pastinya akan diberi kepada penyerang tersebut untuk terus membuktikan ketajamannya di hadapan gawang gol.

Apatah lagi kini Mamut juga tampil dengan prestasi cukup menyakinkan selaku penggempur utama pasukan tersebut sejak beberapa perlawanan lalu sehingga mendapat perhatian positif.

Mengulas tentang perlawanan seterusnya ini, beliau memasang tekad untuk terus meledak gol buat Terengganu jika memiliki peluang tersebut bagi mencerahkan skuadnya ke aksi terakhir.

Walaupun begitu, Mamut juga tidak kisah tentang pemain mana yang akan meledak gol dengan kepentingan terarah kepada kemenangan sahaja.

“Selaku penyerang, sudah pasti setiap kali diturunkan saya berazam untuk menjaringkan gol kerana itu adalah tugas utama saya, lagipun aksi pada Sabtu ini begitu penting dalam misi melangkah ke final.

“Jika berpeluang, saya bertekad tidak akan mensia-siakan harapan pasukan dan peminat yang mahukan kami menang lebih-lebih lagi hanya selangkah untuk mara.

“Namun sebenarnya siapa yang menjaringkan gol itu tidak begitu penting, jika rakan sepasukan berpeluang saya juga gembira, apa yang penting adalah menang dan berjaya melangkah ke pentas final apatah yang pertama buat saya dalam Liga M.

“Lagipun kami tidak sanggup lagi kecewa buat kali kedua berturut-turut kepada lawan yang sama selepas diketepikan skuad KL City itu pada aksi separuh akhir Piala FA Jun lalu.

“Buat peminat setia TFC yang tidak jemu menyokong kami, sokongan anda begitu ditagih bagi membakar lagi semangat kami ketika beraksi di tempat lawan dan laman sendiri,” ujar penyerang berbisa tersebut menerusi Harian Metro.

Untuk rekod, Mamut setakat ini sudah pun meledak 17 gol secara keseluruhan bersama Terengganu dalam semua perlawanan membabitkan beliau dan pasukan berkenaan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN