‘It’s Coming Home’, Lebih Dari Sekadar Slogan Orang England

Anda mesti sudah banyak mendengar it’s coming home daripada penyokong England. Bukan itu sahaja malah pundit, legenda, para pemain dan media luar England turut menulis tentan istilah ini.

Ini yang membuatkan slogan ini melekat di telinga dan fikiran kita.

‘Football is coming home’ ataupun bola sepak sedang pulang ke rumahnya. Jese Lingard dan Alexander Arnold menyebut slogan sama selepas kemenangan ke atas Colombia.

https://twitter.com/utdxtra/status/1014259829177769984

Penyokong England mulai menjadikan ia satu bahan humor dengan mengaitkan beberapa petanda yang bola sepak sedang menuju jalan pulang ke England.

https://twitter.com/LFC_Jay_/status/1015743640793157634

Penyokong seteru England pastinya menunggu England tersingkir untuk membahan balik menggunakan slogan propaganda ini.

Kenapa It’s Coming Home?

https://twitter.com/OMDItsme/status/1015707258393710592

Kenapa ianya lebih daripada sekadar slogan? Ianya juga wadah propaganda dan kebanggaan orang England ke atas bola sepak moden yang dilahirkan di negara mereka.

Sejarawan Inggeris percaya yang bola sepak moden pada hari ini dicipta di England. Bola sepak itu banyak versi dan sejarah dari mana ia dicipta.

Ada yang mendakwa ia dari China dan ada yang mendakwa ia dari latin. Versi bola sepak hari ini adalah berpandukan peraturan yang digubal di England oleh FA England yang sudah lama menubuhkan organisasi pengurusan liga bola sepak.

Sejarah bola sepak dan England

Kemunculan sepak bola moden di England berkembang pesat pada revolusi perindustrian akhir abad ke-17.

Sebelum ini, bola sepak memang sudah dimainkan di England sebagai sukan rakyat yang tiada peraturan seragam mengikut tempat dan keselesaan para pemain.

Selepas revolusi perindustrian, bandar-bandar dan pusat ekonomi mulai menjadi tempat tumpuan ramai. Mereka bermain bola sepak untuk mengisi masa lapang dan eskapisme kepada keletihan selepas bekerja.

Semakin ramai pemikir yang mulai mencipta peraturan seragam terutama sekali golongan cendikiawan. Ini termasuk saiz padang, material untuk bola, tiang gol dan juga penggunaan seragam.

Golongan pelajar adalah pencetus kepada pembentukan Football Association (FA) pada 1863. Sejarawan bola sepak di seluruh dunia juga ramai bersetuju bola sepak moden hari ini berasaskan model FA England.

Sebagai tambahan FA England adalah persatuan bola sepak tertua di dunia. FA England adalah badan bola sepak pertama yang memiliki perlembagaan bertulis dan peraturan pertandingan serta perlawanan.

Mereka juga menjadi persatuan pertama yang menganjurkan liga dan pertandingan piala dalam bentuk bermusim.

Dengan struktur liga dan peraturan bola sepak yang banyak menjadi rujukan oleh negara luar England sehingga ke latin, maka orang England mulai menggelar bola sepak moden yang kita mainkan hari ini adalah berasal dari England.

England membantu mempromosi bola sepak supaya dimainkan di lebih banyak di dunia dengan menganjurkan perlawanan persahabatan antarabangsa pertama dengan Scotland pada 1872 dimainkan dengan peraturan FA.

England dan bola sepak dunia

Apabila FIFA ditubuhkan pada 1904, England sangat ego dan cuba mengelakkan diri mereka daripada terlibat dengan FIFA. Ini kerana mereka ada persatuan bola sepak yang mereka anggap lebih sistematik.

England beberapa kali menyertai FIFA dan keluar daripada FIFA pada ketika itu. England tidak setuju dengan banyak perkara dalam FIFA.

Antara perkara yang paling FA England tak suka dengan FIFA adalah, FIFA sangat sukakan politik pada awal penubuhannya.

Ini kerana FIFA mahu menjadikan bola sepak wadah perpaduan di antara negara dan berpendapat politik perlu dalam bola sepak.

FA England pula berpendirian, bola sepak adalah bola sepak dan perlu dipisahkan daripada politik.

Akibat seringkali tak sehaluan dengan FIFA, anda bayangkan, negara yang mencipta banyak inovasi dalam boka sepak moden ini bukan menjadi negara pertama menganjurkan Piala Dunia. Sebaliknya Uruguay.

England hanya menyertai Piala Dunia bermula pada 1950. 20 tahun selepas kejohanan sulung di Uruguay. Mereka hanya bermain di dalam pertandingan Olimpik untuk bola sepak.

Apa yang mengagumkan, 16 tahun selepas penyertaan sulung mereka, pada 1966, England menjulang Piala Dunia dengan pasukan yang dibarisi legenda Geoff Hurst, Bobby Charlton dan Bobby Moore.

Namun ketika itu ramai yang memperlekehkan kejayaan England ini yang dikaitkan dengan sikap pengadil yang lebih mesra kepada mereka.

Pemain Argentina, Antonio Rattin dibuang padang kerana kesalahan mencarut dalam padang. Kejayaan England juga dibayangi dengan kontroversi jaringan Hurst, bola tidak melepasi garisan gol.

Lagu Football Coming Home

Lagu Three Lions (Football’s Coming Home) menemui peminat England pada pertengahan 90-an.

Dan lagu ini diangkat semula dalam kempen England pada kali ini. Inilah ‘mantera’ yang paling kuat dalam propaganda orang England bahawa bola sepak hari ini dilahirkan di England.

Berdasarkan propaganda ini, kali terakhir bola sepak pulang ke rumahnya, ketika itu adalah perang di Vietnam dan juga zaman kegemilangan The Beattles.

Sebelum ini memang ianya digunakan juga sebagai slogan, namun dalam Piala Dunia 2018 ini ianya menjadi sangat popular. Ledakan media sosial antara salah satu penyumbangnya.

https://twitter.com/EkowAyensuGh/status/1015739053864611840

Lagu ini diterbitkan pada Mei 1996 sempena Euro 1996 yang diadakan di England. Mereka meraikan bola sepak yang kembali semula dianjurkan di negara mereka dan pada masa yang sama berharap piala major itu akan terus kekal di bumi England.

Lagu itu menjadi hits dan berada di carta teratas di UK ketika itu. Ianya juga berada dalam runut bunyi rasmi Euro 1996 dalam album The Beautiful Game.

Lagu ini adalah kolaborasi Frank Skinner, David Baddiel dan band yang dianggotai Ian Broudie iaitu The Lightning Seeds.

Skinner memberitahu yang pegawai dari FA England menghubungi mereka, dan bertanya sama ada mereka berminat untuk mencipta lagu khas untuk England sempena Euro 1996.

Mereka terus mendapat idea bahawa bola sepak sebenarnya berada di tempat kelahirannya di England ketika Euro 1996 dianjurkan. Maksud lain lagu ini, mereka mahu piala dibawa atau disimpan di rumahnya di England.

Namun dalam Euro tersebut England hampa. Mereka tewas dalam penentuan penalti di tangan Jerman. Agak ironi, pemain yang gagal menyempurnakan penalti adalah Southgate.

Pada 1998, England mengangkat semula lagu ini dengan judul 3 Lions ’98’ sebagai lagu semangat untuk skuad Piala Dunia 1998.

Versi 1998 ini dikemaskini kerana ada beberapa fakta seperti jumlah tahun perlu ditukar. Satu lagi versi lagu diterbitkan pada 2010 menampilkan Baddiel, Skinner dan Broudie dengan penampilan khas Robbie Williams dan Russell Brand.

Ini adalah versi 1998:

Three Lions (Football’s Coming Home)

It’s coming home,
It’s coming home, it’s coming,
Football’s coming home.

Everyone seems to know the score,
They’ve seen it all before,
They just know, they’re so sure
That England’s gonna throw it away, gonna blow it away
But I know they can play.

‘Cause I remember three lions on a shirt!
Jules Rimet still gleaming,
Thirty years of hurt
Never stopped me dreaming.

So many jokes, so many sneers,
But all those ‘oh so nears’
Wear you down, through the years,
But I still see that tackle by Moore
And when Lineker scored,
Bobby belting the ball
And Nobby dancing.

Three lions on a shirt!
Jules Rimet still gleaming,
Thirty years of hurt
Never stopped me dreaming.

I know that was then, but it could be again..

We still believe, we still believe,
We still believe, we still believe
It’s coming home,
It’s coming home, it’s coming,
Football’s coming home.

It’s coming home,
It’s coming home, it’s coming,
Football’s coming home.

Tears for heroes dressed in grey,
No plans for final day,
Stay in bed, drift away.
It could have been all songs in the street,
It was nearly complete,
It was nearly so sweet

And now I’m singing three lions on a shirt!
Jules Rimet still gleaming,
No more years of hurt,
No more need for dreaming.

Talk about football coming home
And then one night in Rome
We were strong, we had grown.
Now I see Ince ready for war,
Gazza good as before,
Shearer certain to score
And Psycho screaming.

Three lions on a shirt!
Jules Rimet still gleaming,
No more years of hurt,
No more need for dreaming.

We can dance Nobby’s dance,
We can dance it in France

Impian 2018

Selepas 22 tahun lagu Football Coming Home, adakah England akan benar-benar membawa pulang Piala Dunia yang menjadi simbol kejayaan tertinggi dalam bola sepak.

Ketika artikel ini ditulis, England berada di separuh akhir Piala Dunia 2018. Sukar untuk menafikan peranan England melalui FA England dalam pembentukan bola sepak moden dengan peraturan, sistem serta banyak lagi perkara teknikal.

Jika pada 1966 mereka dianggap juara dengan cara kontroversi, dan ia sering menjadi ejekan penyokong Jerman, 2018 mungkin tahun terbaik untuk mereka membuktikan, dengan segala sistem VAR dan goal line technology, mereka tetap mampu menjuarainya.

Football coming home? / It’s coming home? atau go home?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN