Itali Sasar Kejuaraan EURO 2020 Sebelum Mahukan Piala Dunia 2022

Jurulatih skuad kebangsaan Itali, Roberto Mancini mengatakan sasaran kini adalah untuk memburu kejuaraan EURO 2020 yang akan dilangsungkan pada tahun hadapan.

Itali yang mengalami detik sukar dalam sejarah bola sepak mereka apabila gagal untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 yang dilangsungkan di Rusia.

Hasilnya, ia menjadi satu-satunya edisi Piala Dunia yang tidak disertai mereka.

Oleh kerana itu, Mancini berasakan pentingnya untuk skuad kendalian beliau membawa pulang gelaran Eropah pada tahun hadapan.

“Sasaran utama adalah EURO 2020. Kami mahu lakukan dengan baik pada kejohanan ini kerana sudah lama Itali tidak memenangi kejuaraan Eropah.”

“Sebab itulah kami tetapkan sasaran untuk menang kejohanan ini. Selain itu, skuad yang sedang dibina ini adalah asas kepada skuad Piala Dunia 2022.”

Bagi pemain pertahanan, Leonardo Bonucci, pasukan kendalian Mancini kini sudah berjaya menawan semula hati penyokong Itali yang terluka.

“Kami berjaya dapatkan semula hati penyokong selepas beraksi tidak baik pada EURO 2016 dan juga terlepas ke Piala Dunia 2018.

“Kami sudah ada semangat baharu dan juga identiti yang lebih segar. Diharap dengan perkara ini dapat meningkatkan lagi permainan pasukan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN