Itali Layak Ke EURO 2020, Pukki Gagal Bantu Finland

Pasukan Itali telah mengesahkan tempat dalam pusingan akhir EURO 2020 yang akan berlangsung pada tahun hadapan selepas menumpaskan Greece 2-0 di Stadio Olimpico, Rome.

Selepas menyaksikan separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, pemain tengah Chelsea, Jorginho menjaringkan gol menerusi sepakan penalti setelah menyaksikan bola terkena tangan Andreas Bouchalakis.

Pemain gantian, Federico Bernardeschi menambah satu lagi gol dapat lewat permainan dengan sepakan dari jarak jauh.

Penyokong Itali bertindak mengebu pasukan negara mereka pada separuh masa pertama selepas pemain Azzurri gagal melakukan sebaran sepakan tepat ke arah gol sehinggalah mereka mempamerkan corak permainan yang lebih baik pada separuh masa kedua.

Kemenangan tersebut meletakkan Itali jauh mengatasi pesaing lain dalam kumpulan J dengan 21 mata, 9 mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Finland.

Pasukan bimbingan Roberto Mancini itu masih mengekalkan rekod 100 peratus dengan menang semua tujuh perlawanan peringkat kumpulan dalam pusingan kelayakan ini.

Finland pula gagal menepati ramalan selepas dibelasah 4-1 oleh Bosnia & Herzegovina dalam kunjungan mereka ke Zenica.

Kehadiran penyerang sensasi Norwich City tidak dapat menghaland dari pasukan tuan rumah menampilkan aksi bertenaga.

https://twitter.com/SIGNORE_CALCIO/status/1183145822814457856?s=20

Pemain tengah Juventus, Miralem Pjanic menjadi watak penting dengan menyumbat dua gol dan dua gol lagi disumbangkan oleh Izet Hajrovic dan Armin Hodzic.

Gol saguhati Finland pula dijaringkan oleh penyerang Bayer Leverkusen, Joel Pohjanpolo.

Satu lagi perlawanan dalam kumpulan J menyaksikan Armenia mensia-siakan peluang untuk menghuni tangga kedua selepas hanya seri 1-1 dengan pasukan tercorot, Leichtenstein.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN