Itali Gagal Ke Piala Dunia: Tangisan Buffon Buat Hati Khedira Tersentuh

Khedira

Kesedihan dan keperitan yang dialami oleh penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon turut mendapat simpati dari rakan pasukannya di Juventus, iaitu Sami Khedira.

Meskipun mereka berbeza warganegara, Khedira boleh merasakan akan kesedihan yang dialami Buffon saat ini setelah pasukan yang diwakilinya sejak 1997 telah gagal menempah slot akhir Piala Dunia 2018 di Russia.

Sami Khedira mengaku hatinya tersentuh melihat rakan pasukannya itu menagis saat ditemubual media selepas perlawanan.

Penjaga gol yang sudah tampil sebanyak 5 kali bagi edisi Piala Dunia ini tidak mampu menahan air mata meratapi kegagalan pasukan negaranya gagal ke Piala Dunia 2018.

Itali gagal melayakkan diri ke Piala Dunia tahun depan setelah mereka tewas dengan keputusan secara agregat 1-0, dalam penentuan playoff kepada Sweden selepas kedua-dua pasukan itu terikat 0-0 di San Siro.

Lebih menyedihkan, ini merupakan saat pahit perpisahannya dalam karier antarabangsa. Selepas tamat perlawanan, Buffon mengumumkan untuk menamatkan karier di pentas antarabangsa selepas skuad juara 4 kali itu gagal mara ke peringkat akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun.

Keputusan itu menamatkan karier Buffon sepanjang 20 tahun terbabit di pentas antarabangsa termasuk ketika Itali menjulang Piala Dunia 2006 di Jerman.

Turut berkongsi kesedihan

Khedira turut bersimpati akan nasib Buffon. Sumber; Goal.com

Sami Khedira mengaku turut merasakan kesedihan saat menyaksikan wawancara rakan pasukannya di Juventus dari layar tv.

“Rasanya sangat buruk bagi semua orang melihat Buffon menangis, bukan sahaja bagi rakyat Itali.” ujar Khedira.

Tambahanya lagi, Buffon adalah pemain yang hebat dan beliau juga seorang lagenda yang harus dikagumi sepanjang zaman.

Ingin bantu Buffon miliki kejuaraan Eropah

Setelah melihat apa yang menimpa akan nasib Buffon pada peringkat antarabangsa, Khedira berjanji akan cuba mengubati kelukaan Buffon dengan cara membantu penjaga gol berusia 39 tahun itu memenangi trofi Liga juara-Juara musim ini bersama Juventus.

Liga Juara-Juara Eropah satu-satunya gelaran yang masih belum berjaya diraih Buffon sepanjang kariernya selaku pemain bolasepak.

Sudah hampir 3 kali Buffon bersama Juventus berjaya mara hingga ke pentas akhir Liga Juara-Juara Eropah iaitu pada musim 2002/03 di Manchester, musim 2014/15 di Berlin dan musim 2016/17 di Cardiff tetapi kesemuanya gagal.

“Buffon hanya gagal memperoleh 1 trofi (Liga Juara-Juara) dalam hidupnya, jadi saya dan rakan pasukan akan membantunya untuk mencapai impiannya agar terlaksana” ujar Khedira.

Piala dunia dan Buffon

Gianluigi Buffon tampil kali pertama untuk skuad Azzuri ketika berusia 19 tahun pada Piala Dunia 1988 ketika saingan playoff berdepan Russia. Sepanjang karier Buffon, beliau telah berjaya membawa Itali layak ke Piala Dunia sebanyak 5 kali iaitu pada tahun 1998(Perancis), 2002(Korea&Jepun), 2006(Jerman), 2010(Afrika) dan 2014(Brazil).

Buffon berjaya meraih trofi Piala Dunia bersama Azzuri ketika edisi Piala Dunia 2006 di Jerman.

Saat itu, Itali dilatih oleh Marcelo Lippi. Dalam perlawanan itu, Itali berjaya menewaskan Perancis melalui penentuan sepakkan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga tamat aksi 120 minit perlawanan termasuk 30 minit masa tambahan.

Perlawanan itu turut diwarnai drama bintang Perancis yang kini pengurus Real Madrid, iaitu Zinedine Zidane dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Horacio Elizondo melayangkan kad merah kepada Zidane setelah melakukan kekasaran terhadap Marco Materazzi dalam perlawanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN