Isu Ugutan Pemain, FAM Tuntut Penyokong Jadi Lebih Profesional

Saat saingan Liga Malaysia (Liga M) akan bermula tidak berapa lama lagi, keghairahan para penyokong pastinya semakin memuncak ketika ini dan tidak sabar untuk memberi sokongan padu buat pasukan masing-masing.

Walaupun tirai Liga Super 2023 belum membuka tirai, sokongan para peminat jelas terserlah dan dibuktikan sendiri menerusi media sosial serta tampil memberi sokongan padu buat kelab diminati menerusi pelbagai cara.

Namun, minat seseorang penyokong perlu mempunyai batas dan tidak menyebabkan ia terjerumus kepada jenayah yang hanya merugikan seperti membuat ugutan kepada pemain.

Disebabkan itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun memandang serius isu berkenaan dan menuntut isu ugutan kepada pemain dalam saingan Liga M dapat dihentikan terus.

Noor Azman Rahman yang bertindak selaku Setiausaha Agung FAM percaya para penyokong di Malaysia ketika ini jelas lebih berhemah serta profesional untuk mengelak perkara tersebut terus berlaku.

“Kita tidak mahu isu ugut ugut ini ada dalam liga bola sepak kita. Setiap penyokong adalah kekuatan pasukan jadi sokonglah dengan baik.

“Saya harap ia tidak berlaku lagi. Jadilah penyokong yang profesional,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Isu ugutan kepada pemain ini mula timbul, setelah pemain import baharu Kelantan iaitu Christian Mangaron Rontini telah menjadi mangsa perkara tersebut sebelum itu.

Rontini dilaporkan telah pun menjadi mangsa ugutan bunuh dalam kalangan penyokong pasukan berkenaan di media sosial dan jelas mendapat reaksi sangat tidak baik dalam bola sepak negara.

Disebabkan itu, pihak pengurusan kelab telah pun membuat laporan polis berkenaan isu tersebut dan satu aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Laporan terbaharu menyatakan pemilik kelab iaitu Norizam Bin Tukiman (Zamsaham) telah pun mengenal pasti suspek terlibat dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa.

Sebagai penyokong bola sepak Malaysia, sepatutnya kita perlu lebih rasional sebelum membuat sesuatu yang memalukan diri dan memburukkan nama Liga M.

Jadikan isu keganasan saban tahun di Indonesia dalam kalangan penyokong bersama pemain sebagai suatu panduan supaya ianya tidak akan berlaku di Malaysia juga.

Malah, pemain yang diugut iaitu Rontini masih lagi belum memulakan aksi rasmi bersama pasukan dan ia mencerminkan sesuatu yang buruk buat imej bola sepak Kelantan kini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN