Isu Tunggakan Gaji, Syazwan Zainon Mahu KFA Selesaikan Segera

Melalui laporan yang disiarkan oleh Stadium Astro semalam, portal berita sukan online itu mengesahkan Kedah gagal melunaskan bayaran gaji kepada pemain dan barisan kejurulatihan pasukan itu sejak dua bulan yang lalu.

Pemain tengah, Syazwan Zainon yang dihubungi oleh Stadium Astro berkata beliau mahu agar isu tunggakan tersebut segera diselesaikan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), dan berharap isu semasa tidak mengganggu tanggungjawab persatuan itu sebagai majikan ke atas pemain.

syazwan zainon (hadapan)

Namun demikian Syazwan berkata beliau faham perubahan kepimpinan di dalam kerajaan dan kepimpinan KFA  menjadi punca kelewatan pembayaran gaji.

Bercakap kepada Stadium Astro, Syazwan dipetik sebagai berkata:

“Kami sedar KFA baru diambil alih oleh kerajaan baru, mungkin sedikit-sebanyak perkara ini memerlukan masa (untuk diselesaikan). Kami tiada masalah, kami memahaminya.

“Kami tahu ada masalah dalam kem Kedah mengenai beberapa isu, saya tidak mahu menyalahkan barisan baru persatuan kerana mereka juga memerlukan masa untuk menampung (segala kepincangan),” ujar Syazwan kepada wartawan.

Akram Mahinan kini sedang sibuk dengan persiapan skuad kebangsaan untuk kejohanan Piala AFF.

Rakan sepasukan Syazwan, Akram Mahinan turut senada dengan beliau dan berkata isu kelewatan pembayaran gaji di kem Kedah pertama kali berlaku sepanjang mereka bersama pasukan itu.

“Saya dengar gaji kami mungkin akan dimasukkan dalam tempoh dua tiga hari ini. Saya kini bersama kem kebangsaan, jadi saya tidak tahu perkembangan terbaru skuad Kedah,” ujar beliau.

Baru-baru ini Kedah turut melepaskan lima pemain import mereka pada musim lalu.

Sandro Mendonca dan Liridon Krasniqi antara pemain import yang dilepaskan Kedah FA.

Perlantikan jurulatih dari Singapura, Aidil Sharin juga memberikan indikasi persatuan itu sedang sibuk melakukan persiapan dan membuka lembaran baharu pada musim hadapan, selepas musim serba tidak menjadi pada musim lalu.

Walau apa pun sudah tentu kita berharap tunggakan gaji pemain semasa boleh dilunaskan dengan segera oleh KFA, agar setiap pemain boleh memberikan fokus kepada persiapan untuk musim hadapan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN