Isu Teknikal Di Stadium Bandaraya Punca VAR Tidak Semak ‘Gol’ Terengganu

Isu Video Assistant Referee (VAR) nampaknya terus menjadi topik perbualan hangat di media sosial dengan terbaharu ia membabitkan perlawanan antara Penang dan Terengganu di Stadium Bandaraya.

Pada aksi tersebut, Sang Penyu terlebih dahulu mendapat jaringan sulung menerusi pemain import, Manuel Ott sebelum ianya dibatalkan pengadil kerana VAR mengesan tonggak tersebut berada di kedudukan offside.

Apa yang membuatkan segelintir penyokong Sang Penyu marah di media sosial pastinya kerana para pemain Terengganu tidak begitu memberontak kepada pengadil dan meminta ianya diperiksa semula.

Tampil Zul Fadli Rozi selaku Pengarah Sukan kelab tersebut membuat penjelasan mengapa pihak mereka tidak menuntut kepada pengadil bertugas untuk memeriksa semula VAR ketika gol tersebut dibatalkan.

Jelas Zul, Pegawai Perlawanan sebelum itu telah memberitahu mereka VAR untuk menilai kedudukan offside tidak berfungsi sekitar minit 20 perlawanan.

Ini kerana ada beberapa masalah teknikal berlaku di Stadium Bandaraya yang menyaksikan sesetengah fungsi VAR tidak boleh digunakan pada aksi tersebut.

“Ramai yang text tanya kenapa tak mintak pengadil periksa VAR untuk gol Manny Ott tu.

“Sebenarnya pada minit ke-20 (jika saya tak salah) kami telah diberitahu oleh Pegawai Perlawanan yang semakan VAR untuk offside tak berfungsi untuk perlawanan malam ini (semalam) disebabkan beberapa masalah teknikal melibatkan padang Stadium Bandaraya,” jelas Zul menerusi media sosial X.

Selain itu, jaringan Penang menerusi Nabil Latpi di separuh masa kedua juga turut dibatalkan oleh pengadil bertugas yang menyaksikan kedua pasukan salin terikat seri 0-0 untuk perlawanan kedua Liga Super 2024/2025.

VAR yang digunakan buat pertama kali di Malaysia pada musim ini boleh dianggap sebagai suatu pembaharuan sangat positif sebenarnya buat suasana bola sepak negara.

Malah, kehadiran sistem tersebut juga mampu menaikkan lagi prestij para pengadil tempatan yang sebelum ini kerap menjadi mangsa kritikan penyokong di media sosial.

Walaupun begitu, sistem tersebut masih lagi sesuatu baharu di Malaysia dan mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk dianya ditambah baik dari masa ke semasa.

Selain kejadian semalam, ada laporan lalu turut menyaksikan stadium di Temerloh serta Likas tidak dapat menggunakan sistem tersebut kerana isu teknikal.

Suka atau tidak, ianya kini sudah pun diaplikasikan dalam aksi tempatan dan pastinya ramai mengharapkan supaya ada lebih banyak penambahbaikan dengan harapan perlawanan-perlawanan masa hadapan akan lebih bertambah lancar.

Pandangan anda semua mengenai sistem VAR kini di Malaysia?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN