Isu Saman Gomis Kacau Permohonan Lesen, KAFA Salahkan Pengurusan Terdahulu

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sedang berunding dengan bekas pemain tengah mereka, Margaro Gomis – berkaitan dengan tunggakan gaji.

Ini selepas pemain tersebut mengemukakan saman oleh Gomis ke atas KAFA pada dua bulan yang lalu.

Setiausaha Agung Kafa, Husin Deraman, menyatakan, akibat daripada tindakan Gomis itu, Kelantan berhadapan dengan kesukaran permohonan lesen oleh KAFA bagi bersaing dalam Liga Malaysia pada musim 2020.

Husin Deraman menyatakan: “Gomis mengemukakan saman sebanyak RM540,000 kerana kegagalan pengurusan KAFA terdahulu yang tak membayar gajinya.”

“KAFA [yang kini] sedang berunding dengan pemain tengah tersebut bagi membayar sebahagian daripada tuntutan oleh Gomis. Ini penyelesaian yang kami perlu buat bagi memenuhi kriteria perlesenan FAM.”

Dalam mesyuarat KAFA, baru-baru ini, KAFA turut membincangkan isu perlesenan, gaji pemain, serta pengurusan pasukan sebagai agenda utama.

KAFA mencapai kesepakatan bahawa mereka akan menyelesaikan tunggakan gaji pemain selewat-lewatnya 28 Oktober ini. Ini termasuk tunggakan KWSP, SOCSO serta LHDN.

Dalam mesyuarat yang sama KAFA mengesahkan perlantikan Yang Berhormat Mohamad Sabu sebagai penasihat KAFA yang baharu.

KAFA mahu memastikan semua masalah dalaman akan dapat diselesaikan dan fokus dalam perancangan pada musim baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN