Isu Perpindahan Pemain Indonesia: FAS Mahu Jumpa PSSI

Kegagalan 2 pemain import baharu Selangor dari Indonesia, Evan Dimas dan Ilham Udin Armayn melaporkan diri pada sesi latihan pasukan Selangor memaksa Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bersemuka dengan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian.

Naib Presiden FAS, Datuk Abdul Rauf Ahmad berkata kepada Bernama, satu pertemuan melibatkan Presiden FAS, Datuk Seri Subahan Kamal bersama PSSI akan diadakan dalam masa terdekat.

“Kami sememangnya mahu dan berharap supaya isu ini diselesaikan dengan baik kerana mereka sudah menandatangani kontrak bersama kami. Jadi, kami tidak mahu timbul masalah jika pemain itu gagal melapor diri pada tarikh yang dijanjikan.

“Kami tidak mahu memanjangkan kes ini kerana ia akan mencetuskan pelbagai masalah. Jika kes ini dibawa ke Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), ia akan menjejaskan karier dua pemain tersebut,” katanya.

Sebelum ini, media Indonesia melaporkan Presiden PSSI, Edy Rahmayadi membidas keputusan dua pemain skuad Bawah 23 Tahun Indonesia itu berpindah ke Selangor dengan melabel mereka sebagai tidak patriotik dan ‘mata duitan’.

Ia susulan kebimbangannya jika corak permainan pemain muda skuad ‘Garuda’ itu mudah dibaca jurulatih skuad negara, sekali gus akan memberi kesan negatif terhadap pasukan Indonesia.

Pada masa sama, Edy turut melahirkan kebimbangan sekiranya Selangor tidak membenarkan dua pemain itu menyertai latihan pusat skuad Indonesia bagi menghadapi temasya Sukan Asia 2018.

Evan Dimas dan Ilham Udin Armayn beraksi untuk kelab Bhayangkara FC musim ini.

Minggu lalu, Evan Dimas dan Ilham Udin telah menandatangani kontrak untuk menyertai pasukan Selangor musim depan. Hal ini disahkan oleh ejennya Muly Munial sambil disaksikan oleh setiausaha agung FAS, Rosman Ibrahim.

Namun Muly mengakui ada tawaran dari kelab Thailand, Chonburi dan nilai ditawarkan Chonburi lebih rendah daripada apa yang ditawarkan oleh Selangor.

“Rasanya hanya lebih sedikit sahaja daripada yang beliau dapat sebelum ini. Dan di Indonesia pun dia boleh mendapat gaji seperti yang dia dapat di Selangor kerana banyak kelab mahukan Evan.”

“Namun mereka mahu ke Selangor untuk memastikan karier berkembang dan mudah-mudahan dari sini mereka akan mampu ke Thailand dan Jepun.” kata ejenya, Muly Munial.

Muly yakin Selangor adalah pilihan yang tepat kerana rekod pasukan Selangor yang melayan pemain asing terutama dari Indonesia dengan sangat baik.

Sebelum ini Selangor pernah menggunakan khidmat 3 pemain import dari Indonesia iaitu Bambang Pamungkas, Ellie Aiboy dan Andik Vermansah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN