Isu Perpindahan Evan Dan Ilham: FAS Dan PSSI Capai Kata Sepakat

Konflik perpindahan 2 bintang muda Indonesia, Evan Dimas dan Ilham Udin Armayn ke pasukan Selangor sudah selesai selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Edy Rahmayadi di Jakarta semalam.

Subahan yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memahami kepentingan PSSI dalam membuat persiapan untuk pasukan kebangsaan Indonesia bagi menghadapi temasya Sukan Asia 2018.

Menurut laman web PSSI, FAS akan memberikan kelonggaran kepada dua tonggak import dari skuad Indonesia B-23, Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn sekiranya mereka dipanggil menyertai skuad kebangsaan negara itu untuk persiapan Sukan Asia, Ogos depan di mana mereka menjadi tuan rumah.

“Selangor akan mengikut arahan daripada Ketua Umum PSSI berhubung jadual serta tempoh pelepasan pemain yang akan ditetapkan oleh PSSI. Saya berterima kasih atas jemputan dan jamuan untuk hadir ke sini,” kata Subahan seperti dipetik menerusi laman web rasmi PSSI.

Subahan Kamal berkata FAS akan bekerjasama dengan PSSI untuk melepaskan dua pemain Indonesia sekiranya dipanggil.

Pertemuan antara kedua-dua badan induk bola sepak itu berlansung dalam suasana bersahabat dan turut membincangkan mengenai peluang kerjasama serta agenda lain.

Sementara itu, Presiden PSSI, Edy Rahmayadi menghormati pandangan Subahan.

“PSSI berterima kasih atas kunjungan dan persetujuan Selangor yang memahami pentingnya kedudukan Indonesia sebagai tuan rumah Sukan Asia 2018.

“Kami berharap hubungan PSSI dan Selangor serta FAM akan semakin erat kerana kita adalah keluarga besar bola sepak di Asia Tenggara,” katanya.

Dalam saingan Sukan Asia 2018, acara bola sepak adalah acara sukan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Indonesia selepas PSSI menamatkan hukuman penggantungan dua tahun oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ketika ini, badan induk itu sedang melakukan proses pemilihan pemain yang akan diteruskan pada tahun ini.

Evan Dimas merupakan tonggak skuad kebangsaan Indonesia Bawah 23 Tahun.

Mengikut perancangan, pasukan kebangsaan mereka akan memulakan sesi latihan pusat bulan ini dan akan melalui beberapa fasa sehinggalah bermulanya saingan Sukan Asia, Ogos depan.

Edy Rahmayadi menerusi laporan media Indonesia sebelum ini membidas keputusan dua pemain skuad B-23 Indonesia itu menyertai pasukan Selangor dengan melabel mereka sebagai tidak patriotik dan ‘mata duitan’.

Dia turut bimbang corak permainan 2 pemain ini akan dikaji oleh jurulatih Malaysia serta Selangor tidak akan membenarkan dua pemain itu menyertai latihan pusat skuad Indonesia sekiranya dipanggil.

Evan dan Ilham akan berangkat ke Malaysia dan dijangka akan menyertai sesi latihan pasukan Selangor pada hari jumaat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN