Isu Perkauman Ganggu Fokus Skuad Piala Dunia England

Jika ada pemain berdepan ejekan berbentuk perkauman ketika Piala Dunia di Russia sedang berlangsung, Pengurus England, Gareth Southgate tidak akan menghentikan perlawanan kerana bimbang disingkirkan daripada kejohanan itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pemain pertahanan kiri skuad itu, Danny Rose meminta keluarganya tidak pergi ke Russia kerana pemain Tottenham itu bimbang mereka akan menjadi mangsa perkauman.

Bagaimanapun, Southgate percaya tindakan meninggalkan padang kerana protes disebabkan ejekan perkauman bukan sesuatu yang menguntungkan kerana beliau percaya England boleh menunjukkan mereka sebagai pasukan yang mempunyai kepelbagaian kaum pada kejohanan itu.

“Dalam dunia yang idealistik, orang akan berkata ‘anda patut lakukannya’ (meninggalkan padang) tapi hakikatnya anda mungkin disingkirkan daripada kejohanan,” kata Southgate.

“Saya tidak fikir pemain akan melakukannya kerana mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk ke Piala Dunia.” katanya.

FOTO: FA England

Mac lalu, persatuan bola sepak Russia didenda 30,000 Swiss francs (RM120,000) oleh badan induk bola sepak dunia FIFA, susulan sorakan berunsur perkauman daripada penyokong mereka ketika perlawanan persahabatan menentang Perancis.

“Ia bukan sesuatu yang kita ingin perkatakan tapi sesuatu yang perlu kami perkatakan,” kata Southgate, yang menegaskan sistem sokongan diwujudkan untuk membantu pemainnya jika berlaku insiden perkauman.

“Bagi saya impak terbesar yang mungkin kami berikan adalah interaksi antara pasukan dengan kepelbagaian kaum terbesar pernah pergi ke Piala Dunia.” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN