Isu Pengadilan Kontroversi Ryuji Sato Bukan Pertama Kali Dibuat Untuk Malaysia

Vietnam terus tampil gah selaku salah satu gergasi besar Asia Tenggara, selepas mereka berjaya menewaskan Malaysia dalam aksi Piala AFF 2022.

Pada perlawanan tersebut, Malaysia pada awalnya tampil dengan serba berkeyakinan untuk menyaingi rentak permainan lawan sebelum Vietnam terlebih dahulu membuka jaringan di Stadium My Dinh.

Walaupun Malaysia selepas itu berkelebihan dari segi jumlah pemain, selepas pasukan tuan rumah terpaksa beraksi 10 orang sahaja kerana layangan kad merah.

Namun, skuad kendalian Kim Pan-gon gagal untuk membuktikan sesuatu dan beberapa keputusan pengadil perlawanan juga sangat meragukan.

Kemuncaknya, Azam Azmi terpaksa keluar padang lebih awal kerana layangan kad merah yang dianggap tidak wajar serta keputusan pengadil memberi sepakan penalti kepada tuan rumah pada minit ke-69.

Momentum permainan skuad negara yang mahu mencipta kebangkitan di separuh masa kedua, jelas terencat selepas ianya direntap oleh pengadil perlawanan iaitu Ryuji Sato.

Tampil dengan serba tidak menjadi selepas itu menyaksikan Vietnam terus menambah jaringan ketiga yang mengesahkan kemenangan mereka di laman sendiri.

Sepanjang aksi 90 minit berlangsung, lima layangan kad kuning dan dua kad merah telah diberikan oleh Ryuji yang membabitkan kedua pasukan atas pelbagai kesalahan.

Malah, ada beberapa siri kekasaran yang sepatutnya dilayangkan kad membabitkan skuad kebangsaan dilihat tidak diambil cakna oleh pengadil tersebut.

Hakikatnya, ini bukan pertama kali Ryuji mencipta kontroversi ketika membabitkan perlawanan antara Malaysia dan Vietnam.

Pengadil kelahiran Jepun itu pernah mengadili perlawanan membabitkan Malaysia dan Vietnam pada tahun lalu ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di Dubai.

Ketika itu, pengadil tersebut telah memberi sepakan penalti buat Vietnam ketika dua pasukan tersebut saling terikat seri 1-1 menjelang 10 minit terakhir perlawanan.

Ianya mencetuskan kemarahan para penyokong Malaysia waktu itu, selepas penalti yang diberikan oleh Sato jelas terlalu lemah dan sangat kontroversi.

Ini kerana Ryuji mendakwa pemain serangan Vietnam telah dikasari oleh Brendan Gan dalam petak penalti, biarpun tidak ada sentuhan yang dibuat.

Keputusan tersebut menyaksikan Malaysia tumpas 1-2 di tangan skuad kendalian Park Hang-seo dan kini ianya umpama ‘dejavu’ buat penyokong Harimau Malaya selepas situasi tersebut seolah kembali berulang.

Selain itu, Ryuji juga sebenarnya sudah pun mencipta kontroversi beliau pada tahun 2017 ketika perlawanan membabitkan antara Mali dan Sepanyol untuk aksi Piala Dunia Bawah 17 (B-17) di Mumbai pada tahun 2017.

Menurut laman ACLSports, keputusan Ryuji yang tidak mengesahkan gol Mali menyaksikan mereka terpaksa menelan hakikat mereka tewas 1-3 di tangan Sepanyol.

Menerusi ulang tayang video kembali, Ryuji mengakui beliau silap selepas tidak membenarkan jaringan penyerang Mali iaitu Doucoure yang sebenarnya sudah pun meledak gol.

Disebabkan itu, beliau bersama beberapa orang lagi rakan pengadil telah pun membuat permohonan maaf kepada skuad kebangsaan Mali di hotel penginapan mereka.

Walau apapun berlaku pada perlawanan tersebut yang membabitkan keputusan kontroversi Ryuji, kini Malaysia terpaksa menelan hakikat keputusan perlawanan tersebut dan perlu kembali bangkit untuk aksi seterusnya menentang Singapura, bagi menghidupkan peluang ke separuh akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN