Isu Pengadil: Apa Yang Sebenarnya Pemain Perlu Lakukan?

Kebelakangan ini timbul rungutan isu kualiti pengadilan di dalam kancah Liga Malaysia.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) antara persatuan yang telah menghantar bantahan rasmi kepada FAM.

Itu adalah tugas dan had kuasa FA negeri. Tetapi apa pula tugas dan had kuasa pemain?

Sebagai pemain tugas mereka adalah bermain mengikut peraturan permainan dan pengadil.

Membantah keputusan pengadil tidak akan mengubah keputusan pengadil mahupun perlawanan.

Malah ia hanya akan memburukkan lagi keadaan dengan kemungkinan dilayangkan kad kerana bantahan yang bersifat kasar atau mengeluarkan kata-kata kesat.

Lebih buruk jika perbuatan itu diajukan kepada jawatankuasa tatatertib dan jika didapati pemain bersalah maka pemain dan persatuan boleh didenda berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan.

Gambar: Kedah FA

Jadi adakah berbaloi pemain-pemain membantah keputusan pengadil di padang?

Bermain di dalam liga tertinggi negara memerlukan tahap disiplin yang tinggi didalam mahupun diluar padang.

Status pemain profesional bukan hanya diukur dengan jumlah pendapatan pemain malah sikap dan tindakan juga mencerminkan nilai profesionalisma seseorang pemain.

Setelah pemain berlatih dengan tekun dan berusaha merebut tempat dalam pasukan dalam kalangan rakan sepasukan, sudah tentu usaha itu perlu diteruskan dengan aksi cemerlang ketika perlawanan.

Tindakan negatif di atas padang yang membawa kepada situasi tidak baik amat merugikan pemain itu sendiri.

Pemain tidak boleh mengawal pengadil dan juga pemain pasukan lawan dari melakukan bentesan, terjahan atau provokasi.

Dari sinilah perlunya kekuatan mental untuk pemain di atas padang. Gagal mengawal emosi dan menyerap tekanan akan merosakkan aturan permainan yang dirancang dan membawa kepada kekalahan.

Kepada pemain, teruskan bermain mengikut perancangan pasukan dan elakkan dari terjerat dengan provokasi pihak lawan dan hormatilah pengadil.

Membentuk satu industri bolasepak yang matang memerlukan kerjasama semua pihak iaitu FAM, FA negeri, kelab-kelab, para pemain dan penyokong bekerjasama membangunkan bola sepak negara.

Tanamkan semangat untuk melihat sesuatu menjadi lebih baik, sukan adalah penyatuan!

Nota editor: Artikel ini adalah tulisan Rauf Labab yang merupakan pencinta bola sepak negara. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantarkan artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Baca juga: Tunku Tun Aminah Minta Isu Pengadil Tak Diperbesarkan, Semua Pasukan Alami Perkara Sama

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN