Isu kain rentang dan juga chanting berbaur penghinaan yang dinaikkan oleh kumpulan garis keras penyokong The Red Giants, UltraSel terus berlarutan.
Kali ini UltraSel tampil dengan penjelasan di sebalik tindakan mereaka berbuat demikian.
Semalam pihak FMLLP (kini dikenali sebagai MFL), tampil memberikan penjelasan bagaimana proses pindaan jadulan perlawanan dilaksanakan melalui satu info grafik yang turut dikongsi di laman media sosial badan pentadbir bola sepak negara itu.
Menurut UltraSel, tindakan menggantung kain rentang kontroversi tersebut tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi, dan jauh sekali mensasarkan mana-mana individu dan kelab lain yang bertanding di Liga Malaysia.
Menurut mereka hal pindaan jadual perlawanan sebelum ini telah dikemukakan kepada pihak berkenaan melalui saluran yang betul selepas jadual dipinda beberapa kali sebelum ini tanpa alasan yang konkrit. Bagaimanapun, kumpulan itu hampa kerana gagal mendapatkan jawapan sebelum ini.
Persoalan yang telah lama diutarakan melalui saluran yang betul kepada pihak pengelola liga, FML mengenai ‘Prosedur Penundaan Jadual Perlawanan’ namun tiada balas jawapan. Ekoran kekerapan penundaan perlawanan yang semakin teruk tanpa alasan yang konkrit.
— Selangor Ultras (@ultraSel_) July 17, 2018
Antara sebab UltraSel mahukan penjelasan ialah untuk mengenalpasti siapakah yang bertanggungjawab melakukan pindaan jadual perlawanan, selain daripada turut terlibat mendidik satu komuniti bola sepak yang berilmu.
“Oleh yang demikian, kami telah memberikan penekanan kepada pihak MFL untuk memberikan input agar fans tidak terus diperkotak-katikkan di masa depan,” jelas UltraSel dalam salah satu kenyataan yang dimuatnaik di laman Twitter rasmi milik kumpulan itu.
Pada masa yang sama, UltraSel turut memandang serius impak kepada perubahan jadual yang dilakukan oleh MFL, terutamanya kepada penyokong yang berkunjung ke gelanggang lawan.
Pergerakan penyokong ke stadium, wang mereka, masa mereka menjadi pertaruhan. Tidak-kah ini membebankan mereka? Ini belum masuk cuti yang harus ditukar kerana perlawanan ditengah minggu bekerja? Think about it.
— Selangor Ultras (@ultraSel_) July 17, 2018
Sambil memuji usaha MFL selama ini yang melakukaan usaha untuk menarik pelabur dan melakukan promosi demi kemeriahan Liga Malaysia, UltraSel turut berpendapat bahawa pendapat penyokong sebagai pemegang taruh utama (stakeholders) turut harus diambil kira kepentingannya.
Bagaimana pihak MFL berusaha memastikan kehadiran penyokong di stadium di tahap maksimum jika kebanyakan perlawanan berlangsung pada hari bekerja (Isnin-Jumaat) malah dicacatkan lagi dengan kekerapan penundaan jadual perlawanan tanpa alasan yang konkrit?
— Selangor Ultras (@ultraSel_) July 17, 2018
Selain menekankan hari perlawanan yang kerap kali diadakan pada hari bekerja turut harus diberikan perhatian oleh pihak berwajib, ultraSel juga mengambil inisiatif mengutarakan cadangan melalui Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), agar satu jawatankuasa khas bersama para penyokong turut diwujudkan dalam membuat keputusan penundaan perlawanan.
Professionalism. Integrity. Privatization.
Liga Kita. Wajah Kita. Right or wrong. When it’s right to be kept so. If it’s wrong to be set right. #TransformingMalaysianMentality
— Selangor Ultras (@ultraSel_) July 17, 2018
Akhir sekali, ultraSel menjelaskan tindakan dan cadangan mereka hanya untuk membantu melakukan pembetulan kepada kepincangan yang ada di dalam isu ini.
Bagi mereka yang bertanya tentang perjumpaan ultraSel dengan @footballmasllp.
Mereka telah menghantarkan DM, kami telah menjawabnya. Sedang menunggu maklumbalas dari pihak mereka. ? pic.twitter.com/83FYJdQJm7
— Selangor Ultras (@ultraSel_) July 17, 2018
UltraSel turut mengesahkan telah membalas jemputan dari MFL untuk melakukan perjumpaan, dan sedang menunggu maklum balas dari badan pentadbir bola sepak negara itu.