Isu kontrak pemain terus menjadi topik sensasi di negara kita.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Status FAM Abdul Aziz Yeop Jamaludin mengarahkan agar Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) membayar pampasan kepada beberapa bekas pemain Sarawak.
Ianya melibatkan 4 orang pemain yang ditamatkan kontrak serta merta oleh FAS pada musim lalu. Mereka adalah Empat K. Gurusamy, Mohd Akmal Mohd Noor, K. Thanaraj dan Mohd Iqbal Mohd Suhaimi.
Hasil daripada perbincangan, kedua-dua pihak bersetuju dengan nilai pampasan sebanyak RM60,000 keoada K. Gurusamy. Mohd Akmal Mohd Noor pula menerima RM30,000.
K. Thanaraj akan menerima RM120,000 dan yang paling tinggi adalah Mohd Iqbal Mohd Suhaimi yang perlu dibayar pampasan RM160,000 oleh FAS.
Selain daripada Sarawak, Jawatankuasa Status FAM turut menerima aduan yang melibatkan kelab DYS Sabah dan juga PAFA (Perak).
Untuk kelab DYS, para pemain bersetuju untuk mengurangkan tuntutan tunggakan gaji kepada 50% sahaja. Mereka sepatutnya mendapat 3 bulan.
Namun pemain-pemain yang terlibat menerima bayaran sebulan setengah atas dasar budi bicara. Mereka adalah
1. Razid Ghafar – dibayar RM6,000
2. Mohd June Azral Lalah – dibyara RM6,000
3. Zainizam Marjan – dibayar RM8,250
4. Mohd Reithaudin Awang Emran – dibayar RM8,250.
PAFA dikatakan ada masalah dengan bayaran khidmat ejen pemain. Namun Jawatankuasa Status FAM menolak tuntutan oleh ejen Jesper Echue kerana tiada dokumen sokongan.
Agak pelik juga mereka ni buat kerja boleh pula tidak ada dokumen rasmi. Namun begitu, PAFA sebelum ini sudah membayar sejumlah RM31,000 kepada Echue.
Perbincangan ini melibatkan pihak Jawatankuasa Status FAM, PFAM dan juga pihak kelab/pasukan yang terlibat.
Diharap setiap pihak menghormati kontrak. Ia melibatkan 2 pihak dan sudah dipersetujui bersama.
Baca juga: