Isu Keselamatan Penyokong Di Dalam Stadium Wajar Diberi Perhatian Penganjur

Jika angka rasmi jumlah penyokong yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 diambil kira, pasti menimbulkan kemusykilan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengumumkan 80,000 tiket perlawanan tersebut telah habis terjual. Tidak dapat dipastikan sekiranya jumlah tersebut membabitkan 3,000 tiket yang dikhususkan untuk penyokong Vietnam.

Melebihi kapasiti stadium?

Semakan yang dilakukan melalui laman sesawang Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pula mengesahkan kapasiti sebenar Stadium Nasional Bukit Jalil ialah 85,000 tempat duduk.

Namun yang kedatangan rasmi yang diumumkan di stadium semalam ialah 88,482 penonton yang hadir. Dari segi kapasiti, sudah ada lebihan 3,000 kehadiran di situ.

(Photo by Stanley Chou/Getty Images)

Tetapi jika diamati, jumlah kehadiran pada malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil dipercayai menjangkau angka 100,000 – termasuk petugas media, dan juga penyokong-penyokong yang berhimpit di tangga dan bahagian-bahagian lain di stadium.

Persoalannya sekarang, selamatkah keadaan sebegitu untuk penyokong yang hadir? Bagaimana jika ada sesuatu yang buruk berlaku? Siapakah yang akan mengambil tanggungjawab?

Tinjauan Astro Awani

Tinjauan oleh wartawan Astro Awani, Ian Johan Ariff di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam mendedahkan bagaimana penyokong-penyokong berhimpit – termasuk di anak tangga dan di mana sahaja – asalkan boleh menyaksikan perlawanan.

Lebih malang lagi, tempat duduk Orang Kurang Upaya (OKU) turut dibanjiri oleh mereka yang bukan berkenaan. Perkara sebegini bukan sahaja berlaku di kalangan penyokong Malaysia. Malah penyokong Vietnam turut mengalami nasib yang sama.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian media di Vietnam melalui VNE Express– apabila penyokong mendapati ada di kalangan penyokong Malaysia sudah berada di tempat duduk penyokong pasukan lawan ketika mereka masuk ke stadium.

Keadaan ini memaksa tidak kurang 100 penyokong Vietnam terpaksa menonton perlawanan dengan keadaan kurang selesa di kaki lima dan tangga stadium.


Walaupun tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku, sudah tentu kita mengharapkan aturan yang lebih baik dilakukan oleh penganjur – khususnya FAM – pada masa hadapan.

Beringat sebelum kena – adalah lebih baik daripada menguatkuasakan apa yang sepatutnya selepas hanya ada insiden yang berlaku.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN