Isu Kecederaan Panjang Tak Halang AC Milan Untuk Terus Lanjutkan Kontrak Zlatan Ibrahimovic

Karier penyerang veteran, Zlatan Ibrahimovic nyata tidak akan terpadam lagi apabila AC Milan sah menandatangani kontrak lanjutan pemain tersebut semalam walaupun beliau masih belum pulih daripada kecederaan.

Pemain berusia 40 tahun itu terpaksa melupakan seketika aksinya bersama kelab untuk suatu tempoh masa yang lama, kerana telah menjalani pembedahan di lutut pada bulan Mei lalu dan menyaksikan Ibrahimovic perlu berehat selama lapan bulan.

Apa yang menarik, walaupun Ibrahimovic tidak akan beraksi sehingga awal tahun hadapan, ianya tidak menghalang AC Milan untuk terus menandatangani khidmat beliau.

Dikhabarkan AC Milan telah menawarkan kontrak lanjutan buat Ibrahimovic untuk berkhidmat buat kelab tersebut sehingga 30 Jun tahun 2023.

Lebih menarik, penyerang berbisa dari Sweden itu juga akan terus menggunakan nombor 11 di jersinya seperti sebelum ini menurut ESPN.

Ibrahimovic bukan lagi satu nama asing dalam kalangan penyokong AC Milan apabila beliau sebelum itu pernah beraksi bersama kelab tersebut pada musim 2010 secara pinjaman sebelum sah kekal pada tahun seterusnya.

Bersama AC Milan, Ibrahimovic pernah membantu kelab tersebut menjuarai Serie A pada musim 2010-2011 dan terbaharu pada tahun lalu. Pemain tersebut juga menjadi salah satu tunjang kejayaan kelab itu meraih kejuaraan Supercoppa Italiana pada tahun 2011.

Sebelum kembali bersama AC Milan, penyerang ini terlebih dahulu beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS) bersama LA Galaxy pada tahun 2018-2019 dan meraih beberapa kejuaraan individu seperti LA Galaxy Golden Boot pada tahun tersebut.

Sekembalinya beliau dalam Serie A bersama AC Milan, pemain ini tidak menunggu lama untuk membuktikan beliau antara penyerang digeruni dengan meledak 36 gol daripada 74 penampilan dan membantu pasukan tersebut kembali meraih gelaran juara liga.

Setelah lima tahun bersara daripada mewakili skuad kebangsaan Sweden, Ibrahimovic mencipta sejarah tersendiri apabila kembali beraksi pada tahun lalu dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 ketika menentang Poland, sebelum mereka tewas 2-0 serta tidak layak beraksi di kejohanan tersebut tahun ini.

Ibrahimovic kekal dalam lipatan sejarah Sweden apabila menjadi penjaring terbanyak negara tersebut dengan 62 gol terhasil daripada 121 penampilan.

Sumber:
ESPN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN