Tempoh hari, Kedah bermain dengan beberapa pemain utama yang tidak dapat diturunkan ketika mereka tewas 2-3 ditangan Perak.
Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali dan juga Ken Ilso antara beberapa pemain yang dilihat tidak beraksi ketika menentang Perak di Darul Aman kelmarin.
Bagi perlawanan menentang Melaka United dalam saingan Piala Malaysia, Kedah dijangka sekali lagi tidak akan turut dengan barisan pemain utama mereka.
Menurut Nidzam Adha, 5 pemain telah disahkan tidak akan turun menentang Melaka United pada Selasa ini.
Mereka adalah Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Ken Ilso, Zac Anderson dan juga Farhan Roslan.
Rata-rata daripada mereka perlu berehat dalam tempoh masa seminggu dan akan terlepas perlawanan pada Selasa ini.
Cuma Farhan sahaja yang perlu berehat lebih panjang iaitu dalam jangkaan masa 2 minggu.
Walaupun beraksi tanpa 5 tonggak, Nidzam berpendapat pasukannya tetap perlu mempamerkan aksi yang cemerlang ketika menentang Melaka United.
“Perlawanan menentang Perak mengajar kami untuk tidak leka ketika bertahan.”
“Oleh itu, kami perlu memperbaiki apa yang kurang dalam perlawanan akan datang.”
Sumber:
- Sinar Harian (2017): Lang Merah berdepan Melaka United tanpa lima tonggak; http://www.sinarharian.com.my/mobile/sukan/lang-merah-berdepan-melaka-united-tanpa-lima-tonggak-1.696068