Kesemua 24 pasukan dalam Liga Malaysia kini masih menunggu wang geran seperti yang dijanjikan oleh MFL sebelum ini.
Kini baki saingan Liga Malaysia sudah semakin menuju ke pengakhiran. Liga Super masih ada baki 5 perlawanan lagi.
Pada Mei lalu pihak MFL menjelaskan mereka akan mengumumkan penaja baharu untuk Liga Malaysia, dan memberikan bayangan bahawa, geran tahunan itu bakal diterima selepas pengumuman itu.
Namun malangnya, MFL masih gagal untuk melunaskan geran tahunan Liga Malaysia.
Dipetik daripada sumber Harian Metro – ada wakil pasukan yang menyatakan bahawa wang geran itu sangat diperlukan walaupun mereka memiliki dana yang cukup untuk kos operasi pada musim ini. Walaubagaimanapun mereka mahukan geran itu diserahkan untuk mereka menampung kos seperti pembangunan pasukan presiden, belia serta akdemi.
Wakil tersebut yang enggan namanya didedahkan memberitahu Harian Metro bahawa MFL sudah beberapa kali berjanji namun sehingga kini masih tidak menunaikannya.
“Persoalannya, betul ke ada geran musim ini?” soal wakil tersebut lagi – yang turut menjelaskan, mereka bukan sengaja mahu menghangatkan isu, tetapi sebaliknya beliau mahu tahu perkembangan positif daripada pihak MFL.
Sementara itu, CEO MFL- Kevin Ramalingam pula menjelaskan bahawa nilai serta tarikh penyerahan geran akan terjawab sebaik sahaja mereka memeterai perjanjian dengan penaja baharu. Dan beliau menyatakan buat masa ini beliau tidak mahu ‘kecoh’ dalam situasi tersebut.
https://twitter.com/ArenaHM/status/1142643441341554688
Pada Mac lalu, MFL menyatakan setiap pasukan akan menerima geran seperti yang dijanjikan – RM3 juta untuk MSL dan RM1 juta untuk MPL – walaupun penaja utama Telekom Malaysia menarik diri.