McKain Tweet Isu Gaji, Velizar Popov Antara Mangsa Yang Terkejut Kenyataan ‘Plastik’ KAFA

Isu gaji dan KAFA seakan-akan satu kisah yang tidak ada penghujung sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

KAFA mendapat publisiti yang tidak dikehendaki sekali lagi apabila semalam McKain menyatakan KAFA sebagai penipu.

Ianya respon kepada kenyataan Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor memberitahu pihak media yang isu mengenai gaji pemain Kelantan yang tertunggak sudah pun selesai.

McKain masih menunggu siasatan dan tindakan daripada FIFA tentang isu ini.

Tweet McKain ini dibalas oleh Velizar Popov yang memberikan kenyataan bahawa pemain itu tidak seorang diri dalam masalah tersebut.

The Curious Case of Velizar Popov

Velizar Popov menjadi jurulatih yang pantas disayangi penyokong Kelantan musim lalu kerana memberikan aura kepada pasukan.

Popov juga menjadi jurulatih yang diminati ramai peminat bola sepak dari pasukan lain. Falsafah taktikal dan keghairahan beliau di tepi padang antara sebab kenapa beliau diminati.

Popov berjaya membawa Kelantan menamatkan musim di tempat 4 teratas dengan pasukan yang serba-serbi bermasalah dan pemain terganggu dengan isu gaji.

Ia satu pencapaian yang boleh dianggap luar biasa.

Sebelum musim berakhir, pada September KAFA, menerusi bekas Presiden – Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Velizar Popov akan kekal mengemudi pasukan Kelantan untuk musim 2017.

Ia menggembirakan ramai penyokong Kelantan dan juga peminat Popov. Penyokong Kelantan sebelum ini agak risau dengan masa depan Popov.

Mereka ternyata mahukan pengendali dengan imej rockers ini kekal di Kota Bharu.

Ia dilihat menepis spekulasi yang tersebar di media sosial di mana Popov dikatakan berang dengan ‘tangan ghaib’ dalam pengurusan bola sepak Kelantan yang masuk campur dalam urusan beliau.

Annuar Musa kemudian mengesahkan KAFA tidak akan campur tangan dalam isu seperti pemilihan pemain termasuk pemain import. Ia dijamin sebagai kuasa Popov 100%.

Namun pada akhir musim lalu, Popov mengumumkan dia terpaksa meninggalkan pasukan Kelantan kerana isu keluarga.

Annuar Musa menyatakan KAFA bersedih kerana Popov terpaksa menolak tawaran lumayan daripada KAFA.

Popov dan ramai lagi mangsa tunggakan gaji

Dalam tweet balas kepada McKain semalam, Popov nampaknya antara mangsa kepada gaji tidak berbayar ini.

 

Popov: “McKain, Anda tidak keseorangan, pastinya..

McKain: “Saya tahu coach, ramai lagi kita terkena, termasuk anda. Tertanya-tanya bila mereka akan membuat kenyataan umum yang tidak menipu untuk sekali”

Popov: ” Saya terkejut, saya tak percaya apa yang saya lihat (kenyataan Datuk Ismail), macam mana perkara ini boleh berlaku pun saya tak faham..”

Inilah sebab Popov angkat kaki?

Lantas ramai menyatakan akhirnya mereka tahu kebenaran di sebalik pemergian Popov dari pasukan Kelantan.

Mereka juga mengharapkan agar Popov, McKain dan semua mangsa penindasan tunggakan gaji akan mendapat hak mereka.

Harap semua pihak fahami maksud financial fair play

Sebelum ini calon Presiden FAM yang baru, Tan Sri Annuar Musa menyelitkan isu financial fair play ataupun keadilan di dalam pengursan kewangan dalam manifesto beliau.

Harap beliau dapat menyiasat perkara ini. Mungkin ada pegawai beliau tidak mengerti ataupun tidak melaksanakan financial fair-play ketika beliau mentadbir KAFA dahulu.

Baca juga: Popov: Perginya Jurulatih ‘Yang Betul’, Terpaksa Tinggalkan Kota Bharu Demi Keluarga

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN